alhamdulilah masih diberi nafas
(segala puji bagi Allah swt)
satu tekad perlu dikupas,
tunduk patuh memupuk diri,
selagi diberi helaan nafas,
ibadah korban harus diseri.
KORBAN???
korban harta,korban nafsu, korban masa, korban keluarga, korban nyawa...
yang mana satukah anda???
korban boleh didefinasikan dr pelbagai sudut
"Ibadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t".
tapi, masyarakat zaman sekarang mengaitkan korban dengan kehidupan sekarang.
disebabkan itulah ramai yang tewas....
berlakunya zina, rogol, buang anak n sebagainya
Berkorban selalunya dikaitkan dengan tindakan menyerah sesuatu yang berharga kepada sesuatu pihak. Masa, tenaga dan wang ringgit lazimnya adalah perkara kesayangan yang dikorbankan demi kebaikan pihak yang menerima korban itu.
Kamus Dewan mendefinasikan korban sebagai amalan menghampirkan diri kepada Allah; sesuatu persembahan kepada dewa dalam pemujaan; pemberian sebagai tanda kebaktian atau menanggung sesuatu penderitaan; agar pihak yang menerima apa yang diserahkan itu mendapat kebaikan daripada pengorbanan itu. Kamus Merriam-Webster pula mendefinasikan korban atau sacrifice sebagai menyerahkan sesuatu untuk sesuatu yang lain, selain daripada semua definasi di atas.
kaabah yg menjadi kiblatku
Menunaikan haji adalah rukun Islam yang kelima. Pergi ke sana bermaksud kita menyahut panggilan Allah SWT, yang telah dilaungkan oleh nabi-nabi terdahulu seperti Adam dan Ibrahim. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Haj ayat 27:
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh".
ramai yang berebut untuk menunaikan haji...insyaAllah akan ke sana juga...
Menunaikan haji juga membawa maksud kita menziarahi rumah ibadat pertama yang telah dibina oleh nabi Adam mengikut beberapa riwayat yang telah dilaporkan oleh Imam al-Tabari di dalam tafsirnya. Ahli sejarah menyatakan yang Ka'bah telah roboh antara 5 hingga 12 kali akibat banjir dan faktor lain. Nabi Muhammad merupakan nabi terakhir yang turut terlibat di dalam pembangunan semula Ka'bah
sedara ku yg bertungkus lumus
disembelih sendiri oleh pakcik ku
korbanya diriku menuju ke syurga
Rukun dan wajib haji adalah simbolik siaran ulangan terhadap nilai sebuah pengorbanan nabi Ibrahim dan Ismail terhadap arahan Allah. Melaksanakannya memerlukan pengorbanan serta ketabahan mental dan fizikal. Pengorbanan itu falsafahnya ialah sebagai neraca keIslaman kita. Lagi tinggi pengorbanan, lagi tinggi nilai Islam kita di sisi Allah. Dengan sebab itulah apabila Allah menceritakan kesanggupan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail melakukan pengorbanan besar di dalam hidup anak-beranak, maka Allah menggunakan perkataan Aslama di dalamnya, yang daripadanya lahirlah perkataan Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Soffat ayat 103:
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami)
Kesan daripada budaya pergi haji di usia tua itu ialah, ramai yang bersedih apabila menghantar saudaranya menunaikan haji, antaranya kerana merasakan itulah perjalanan terakhir mereka di muka bumi dan bimbang tidak akan berjumpa lagi. Sedangkan kita membuat haji, adalah untuk memenuhi tuntutan Ilahi, bukannya nak pergi mati
nauzubillah...mengapa berfikiran seperti itu...
yang kita ikhlas kerana Allah...
hidup dan mati kita hanya kerana ALLAH....=)