Wednesday, December 29, 2010

kEhIDuPaN

asslamualaikum wrt. wbt,
(segala puji bagi Allah swt)

pergi ke pekan kuala kubu,
singgah sebentar membeli benang,
hidup ini penuh berliku,
jalani ia dengan tenang.

melihat kepada tajuk entri kan...tak tahu sebenarnya apa yang mau dikongsi..tapi kita cube ye..
sebenarnya tujuan blog ini diwujudkan sebab nak berkongsi secara serius mengenai kitaran hidupan manusia sehingga terjadi insan yang bernama manusia serta lengkap diberi nama iaitu SAYA, mengenai hobi, imbas kembali, perkongsian dan macam2 lagi...
berbeza dengan blog saya yang sebelum ini iaitu lebih menceritakan kepada aktiviti dan pengalaman hidup...
saya rasa nak buat satu kelainan untuk blog ini dengan menggunakan ayat yang lebih teratur, kemas dan matang..
walaupun saya ni bukanlah seorang yang boleh mengarang ayat dengan baik...hancus jugak...maksud mengarang dengan baik tu bukanlah menggunakan ayat2 jiwang atau leleh tapi yang boleh menggetarkan jiwa...wah gitu...sori2...kata nak serius tapi saya rasa tak boleh laaa..mesti ada juga nak selitkan unsur lawak atau rojak... 
tak pe laa...gini je laa...BE YOURSELF...
kalu saya dah begitu, jadilah begitu saja..klu tak, nanti jadi plastik dan palsu semata-mata...
MENJADI DIRIKU

walauapapun, letakkan keyakinan, tekad dan semangat di tempat paling tinggi dalam diri kita seperti setinggi KLCC 

walaupun ada lagi yang lagi tinggi tapi bangga dengan produk Malaysia..

tentukan halatuju kita..ke mana kita mahu pergi selepas ini..jangan mudah putus asa dengan mengatakan kita sudah terlambat...terlambat manapun kita, kita masih ada masa sehingga la kita menutup mata dan ditarik nyawa kita...tentukan ke kiri,ke kanan, jatuh atau bangun kita selepas ini...yang lepas adalah pengajaran dan juga pengalaman...
tunjukkan haluan anda...

pengawalan emosi juga penting dalam diri kita..kita akan gembira, sedih, geram, marah, kasih, cinta dan macam2 lagi..itulah lumrah bergelar manusia...kita diberi AKAL fikiran untuk mentafsir emosi dan perasaan..walauapapun...kitalah yang perlu bijak dalam mengawalnya kerana secara tak langsung kita diberikan pula NAFSU..Alhamdulilah, sangat unik ciptaan Allah swt ini...sangat cantik...jangan rasa merendah diri terhadap diri sendiri tapi bukanlah sebagai tiket untuk meninggi diri..tiada yang lebih sempurna selain Allah swt walaupun kita telah dijadikan sesempurna makhluk..yang penting Allah sentiasa ada dengan kita seadanya...

inilah emosi anda...renung-renungkan anda di tahap mana...

hayati lah ciptaanNya...nikmati sementara mata masih terbuka...




ikhlas dariku.....=)

Wednesday, December 22, 2010

DeMi MaTaHaRi

LiLiN HaRaPaN

Dia Maha Mengetahui Isi Hati Manusia



assalamualaikum wrt wbt,
(segala puji bagi Allah swt)

renung-renungkan lah...
sesungguhnya Dia maha mengetahui segala-galanya...
kita hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya...=)


Saturday, November 20, 2010

...KoRBaN...

alhamdulilah masih diberi nafas

assalamualaikum wrt wbt,
(segala puji bagi Allah swt)

satu tekad perlu dikupas,
tunduk patuh memupuk diri,
selagi diberi helaan nafas,
ibadah korban harus diseri.

KORBAN???
korban harta,korban nafsu, korban masa, korban keluarga, korban nyawa...
yang mana satukah anda???
korban boleh didefinasikan dr pelbagai sudut
"Ibadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t".

tapi, masyarakat zaman sekarang mengaitkan korban dengan kehidupan sekarang.
disebabkan itulah ramai yang tewas....
berlakunya zina, rogol, buang anak n sebagainya

Berkorban selalunya dikaitkan dengan tindakan menyerah sesuatu yang berharga kepada sesuatu pihak. Masa, tenaga dan wang ringgit lazimnya adalah perkara kesayangan yang dikorbankan demi kebaikan pihak yang menerima korban itu.
Kamus Dewan mendefinasikan korban sebagai amalan menghampirkan diri kepada Allah; sesuatu persembahan kepada dewa dalam pemujaan; pemberian sebagai tanda kebaktian atau menanggung sesuatu penderitaan; agar pihak yang menerima apa yang diserahkan itu mendapat kebaikan daripada pengorbanan itu. Kamus Merriam-Webster pula mendefinasikan korban atau sacrifice sebagai menyerahkan sesuatu untuk sesuatu yang lain, selain daripada semua definasi di atas.


kaabah yg menjadi kiblatku

Menunaikan haji adalah rukun Islam yang kelima. Pergi ke sana bermaksud kita menyahut panggilan Allah SWT, yang telah dilaungkan oleh nabi-nabi terdahulu seperti Adam dan Ibrahim. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Haj ayat 27:
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh".
ramai yang berebut untuk menunaikan haji...insyaAllah akan ke sana juga...
Menunaikan haji juga membawa maksud kita menziarahi rumah ibadat pertama yang telah dibina oleh nabi Adam mengikut beberapa riwayat yang telah dilaporkan oleh Imam al-Tabari di dalam tafsirnya. Ahli sejarah menyatakan yang Ka'bah telah roboh antara 5 hingga 12 kali akibat banjir dan faktor lain. Nabi Muhammad merupakan nabi terakhir yang turut terlibat di dalam pembangunan semula Ka'bah
sedara ku yg bertungkus lumus

disembelih sendiri oleh pakcik ku

korbanya diriku menuju ke syurga

Rukun dan wajib haji adalah simbolik siaran ulangan terhadap nilai sebuah pengorbanan nabi Ibrahim dan Ismail terhadap arahan Allah. Melaksanakannya memerlukan pengorbanan serta ketabahan mental dan fizikal. Pengorbanan itu falsafahnya ialah sebagai neraca keIslaman kita. Lagi tinggi pengorbanan, lagi tinggi nilai Islam kita di sisi Allah. Dengan sebab itulah apabila Allah menceritakan kesanggupan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail melakukan pengorbanan besar di dalam hidup anak-beranak, maka Allah menggunakan perkataan Aslama di dalamnya, yang daripadanya lahirlah perkataan Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Soffat ayat 103:
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami)
Kesan daripada budaya pergi haji di usia tua itu ialah, ramai yang bersedih apabila menghantar saudaranya menunaikan haji, antaranya kerana merasakan itulah perjalanan terakhir mereka di muka bumi dan bimbang tidak akan berjumpa lagi. Sedangkan kita membuat haji, adalah untuk memenuhi tuntutan Ilahi, bukannya nak pergi mati
nauzubillah...mengapa berfikiran seperti itu...
yang kita ikhlas kerana Allah...
hidup dan mati kita hanya kerana ALLAH....=)




Friday, November 12, 2010

PeMBuKa BiCaRa

*pembuka bicara*


*hala tuju kita pd hari esok*


*apa perasaan anda hari ini*

assalamualaikum wrt wbt,
(segala puji bagi Allah swt)

akhirnya berjaya menghasilkan satu lagi blog...
blog ini akan mengkhususkan lebih kepada 
perkongsian ilmu, isu2 semasa, akademik, islamik, nasihat n sebagainya...
untuk blog yang sedia ada iaitu
 http://diladayu.blogspot.com
 yg membawa tajuk penyuluh wardah tidak ditinggalkan...kerana di situ akan di updatekan aktivti2 yang dila jalankan sepanjang diberi nafas di muka bumi Allah ini...di harap segala imput n pengalaman dapat dikongsi bersama...

*tq my frenz*
salam ukhwah, salam perkenalan,
 salam inspirasi...=)

Wednesday, November 10, 2010

eXaM MooD 2010



ASSALAMUALAIKUM
waaa..msh x t'lewat rase yer...
nk wish gud luck 4 ur exam...



from my sincerely heart

buatlah yang terbaik...ingatlah pengorbanan ibu bapa kite ye...sekiranya xboleh buat, teruskan berusaha..
insyaAllah masih ada lagi peluang tuk kita....
insyaAllah kejayaan menjadi mlik kita...
ceewahhh....

7 Nov 10 - nutrition throughout life cycle
8 Nov 10 - TITAS 
11 Nov 10 - english n HR 
15 Nov 10 - nutritional biochem
22 Nov 10 - etnik
24 Nov 10 - nutrition for fitness 
25 Nov 10 - principle of food preparation


keep it up...ok...=)

Thursday, October 21, 2010

AKTiViTi : PaStRi...mmm...PaStRi


ASSALAMUALAIKUM






yum..yumm.yum


biskut raya berkoko



karipap ayam



apple pie



chicken pie



cream puff


semasa mencanai pastri



ni teknik lipat buku tuk pastri berlapis


kali ni nak cerita pasal amali penyediaan makanan yang ke-5...waa dh yg ke lima...tinggal 1 lg amali tuk abis...
kali penyediaan pastri..apa itu pastri???
 alaaa...sume org suke makan laa...
cara penyediaannya agak rumit sedikit la jika nak dibandingkan dengan masakan yang lain...jika salah buat, alamaknya xjd la kite pnye pastri...
Alhamdulilah, akhirnya sume pastri jadi...hebat gak kami ek...*aksyen*..hahhaaa....mestila...1st tyme buat tibe2 jd...tu pn lps b'susah payah....hehehee
pastri ni antara mknn yg tidak berapa elok untuk kesihatan kita kerana menggunakan byk sgt lemak...mentega la...marjerin la...mcm2 laa...lps tu lapis lagi mentega...fuh byk sgt la saturated fat yer...lps kita buat, baru la kita nampak dgn jelas pembuatan yer...tu pn dh reduce n alter cikit2...ish..ish..ish..

ak b'tuah sbb buat pastri berlapis iaitu apple pie yang memerlukan ak untuk mencanai dan membuat lipatan buku semasa proses menguli...akhirnya jadi jgk walaupun penyediaannya lama dan siap lambat....alhamdulilah...

antara penyediaan pastri yg dibuat ialah biskut raye, karipap ayam, apple pie, chicken pie, n cream puff....

best sgt...sume yer sedap...keep it up my frenzz..congrate to all of u...=)

Wednesday, October 20, 2010

AKTiViTi: PeNYeDiAaN DaGiNg, aYaM dan HaSiL LauT



1
ASSALAMUALAIKUM


my grup preparation



kari ikan bawal



sate ayam



udang tempura



ayam percik



ikan siakap steam



beef steak



fish cakes



rendang tok


...SALAM...
mmm lab dapur kembali lagi... lps raye la kte kn..ye la...sbln break tuk amali nih..bln pose la ktekn.....
mmm...kali ni kite msk gne sumber protein iaitu daging, ayam n hasil laut...
tuk yg dpt ikan tuh..kene laa siang ikan...hah..grup ak la tuh...dpt ikan bawal lg...
masakan kami ialah kari ikan bawal gune kaedah microwave...simple je cara buatnya...hehheee...blagak lak...

antara lain nya ialah ikan siakap steam,sate ayam,rendang tok, ketupat sotong, tomyam campur, udang tempura, ayam percik, beef steak n fish cakes....mmm yummy..yummy..yummy..

best sgt...sonok pn de...info bru pn dpt...mcm la...so enjoy ur life....=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...