asslamualaikum wrt. wbt,
(segala puji bagi Allah swt)
pergi ke pekan kuala kubu,
singgah sebentar membeli benang,
hidup ini penuh berliku,
jalani ia dengan tenang.
melihat kepada tajuk entri kan...tak tahu sebenarnya apa yang mau dikongsi..tapi kita cube ye..
sebenarnya tujuan blog ini diwujudkan sebab nak berkongsi secara serius mengenai kitaran hidupan manusia sehingga terjadi insan yang bernama manusia serta lengkap diberi nama iaitu SAYA, mengenai hobi, imbas kembali, perkongsian dan macam2 lagi...
berbeza dengan blog saya yang sebelum ini iaitu lebih menceritakan kepada aktiviti dan pengalaman hidup...
saya rasa nak buat satu kelainan untuk blog ini dengan menggunakan ayat yang lebih teratur, kemas dan matang..
walaupun saya ni bukanlah seorang yang boleh mengarang ayat dengan baik...hancus jugak...maksud mengarang dengan baik tu bukanlah menggunakan ayat2 jiwang atau leleh tapi yang boleh menggetarkan jiwa...wah gitu...sori2...kata nak serius tapi saya rasa tak boleh laaa..mesti ada juga nak selitkan unsur lawak atau rojak...
tak pe laa...gini je laa...BE YOURSELF...
kalu saya dah begitu, jadilah begitu saja..klu tak, nanti jadi plastik dan palsu semata-mata...
MENJADI DIRIKU
walauapapun, letakkan keyakinan, tekad dan semangat di tempat paling tinggi dalam diri kita seperti setinggi KLCC
walaupun ada lagi yang lagi tinggi tapi bangga dengan produk Malaysia..
tentukan halatuju kita..ke mana kita mahu pergi selepas ini..jangan mudah putus asa dengan mengatakan kita sudah terlambat...terlambat manapun kita, kita masih ada masa sehingga la kita menutup mata dan ditarik nyawa kita...tentukan ke kiri,ke kanan, jatuh atau bangun kita selepas ini...yang lepas adalah pengajaran dan juga pengalaman...
tunjukkan haluan anda...
pengawalan emosi juga penting dalam diri kita..kita akan gembira, sedih, geram, marah, kasih, cinta dan macam2 lagi..itulah lumrah bergelar manusia...kita diberi AKAL fikiran untuk mentafsir emosi dan perasaan..walauapapun...kitalah yang perlu bijak dalam mengawalnya kerana secara tak langsung kita diberikan pula NAFSU..Alhamdulilah, sangat unik ciptaan Allah swt ini...sangat cantik...jangan rasa merendah diri terhadap diri sendiri tapi bukanlah sebagai tiket untuk meninggi diri..tiada yang lebih sempurna selain Allah swt walaupun kita telah dijadikan sesempurna makhluk..yang penting Allah sentiasa ada dengan kita seadanya...
inilah emosi anda...renung-renungkan anda di tahap mana...
hayati lah ciptaanNya...nikmati sementara mata masih terbuka...
ikhlas dariku.....=)
0 comments:
Post a Comment