Saturday, March 22, 2014

uBaT MaLaS BeRiBaDaT


ASSALAMUALAIKUM


Imam al-Haddad pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu. Beliau menjawab:

Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara. 

(1) kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat; 

(2) lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh; 

(3) panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan 

(4) makan sesuatu yang syubhat, cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.




Tuesday, March 11, 2014

BoeiNg 777 - MH370


ASSALAMUALAIKUM

rata-rata bercerita mengenai kehilangan pesawat MAS ini...di mana pesawat ini sekarang...kerana ramai yang meratapi kehilangannya..


...MH370...
Kapten Zaharie...
Aku mungkin tidak mengenalimu..
Tapi kutahu kau sudah lakukan yang terbaik...
Mana mungkin kutahu pandu pesawat...
Tapi kutahu kau takkan leka sesaat...
Tika dan detik ini...
Jiwa kami bersedih dengan hilangnya MH370..
Pastinya keluargamu berlebihan sedihnya...

MH370...
Selagi rangkamu belum ditemui...
Kami menggantung harap kau pulang dengan selamat...
Kalau kau dilarikan penjahat..
Kami merayu kau dibawa mendarat..
Seluruh dunia menanti khabarmu...
Moga dalam terdekat dapat ketemu..

Kita tidak pernah bertemu wahai MH370...
Tetapi...
Hari ini dunia mencari-cari kamu...
Hari ini dunia menanti kemunculanmu...
Hari ini dunia risau akan kamu,
Hari ini dunia menyebut-nyebut namamu...

Muncullah wahai MH370...
Ada jiwa yang menanti anaknya...
Ada jiwa yang menanti ibunya...
Ada jiwa yang menanti kakak,abang dan adiknya...
Ada jiwa yang menanti isterinya...
Ada jiwa yang menanti suaminya..
Ada jiwa yang menanti ayahnya...

Kesedihan kami tidak dapat menandingi kesedihan mereka...
Kami mungkin tidak sebangsa dan seagama...
Tapi darah kami sama,merah pekat warnanya...
Kasih sayang kami merentas sempadan agama,bangsa dan negara..

Allah-hu-rabbi...
Dengan cinta dan rahmatMu...
Temukan MH370 dengan segera...
Kami sudah sedia...
Kami sudah redha...
Kami tahu kau ada...
Kau penentu segala-galanya

Wahai manusia yang aneh jiwanya,
Kalau kamu tiada yang baik untuk berkata...
Sudi kiranya kamu berdiam sahaja...
Kalau kamu tiada yang baik untuk diberita...
Sudilah kiranya tadah tangan untuk berdoa...
Kalau kamu tiada yang baik untuk bercerita...
Tutupkan mata dan juga telinga...
Kalau kamu tidak dapat berkongsi rasa...
Baiklah kalian diam dan membaca cuma...

Allah,
Tuhanku yang maha pengasih dan penyayang..
Tebarlah rahmatMu kepada mereka..
Sesungguhnya,
KepadaMulah tempat kami bergantung harap dan berserah..
......Aamiin......



Saturday, March 8, 2014

AnGGaPaN DiLeMa


ASSALAMUALAIKUM

jom kita cuba selesaikan perungkaian dilema ini


Anda telah dilaporkan menghidap sejenis penyakit di tahap 4 oleh doctor. Apakah yang anda lakukan setelah mendapat berita tersebut.

    1)  Menyegerakan doctor untuk melakukan pembedahan.
2)      Reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya dijemput awal.
3)      Menyelasaikan hutang-hutang yang tertunggak.
4)      Melakukan perkara-perkara yang hendak dilakukan sebelumnya seperti panjat tangga menara KL.
5)      Meminta maaf dengan keluarga dan semua orang.
6)      Mewasiatkan harta kepada anak yatim
7)      Mendekatkan diri dengan penciptaNya & belajar kelas-kelas agama.
8)      Menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sehingga mendapat pangkat tertinggi.
9)      Meneruskan hidup seperti biasa macam tiada apa-apa pun yang berlaku.

sekiranya situasi ini di tempat anda..apakah anda akan lakukan...

Monday, March 3, 2014

MH: Be StRoNg


ASSALAMUALAIKUM


Saturday, March 1, 2014

JoM CheCk our BMI...


ASSALAMUALAIKUM

apa itu BMI???

BODY MASS INDEX..
indek jisim badan.

bahasa mudahnya ialah berat badan kita bersesuaian dengan tinggi atau tidak.

BMI = berat (kg) / [tinggi(m) X tinggi(m)]

contohnya ialah


seperti contoh di atas, apakah kategori BMI tersebut???
macam mana nak tau kategori BMI

di bawah ialah kategori BMI tersebut..jadi seperti contoh di atas ialah obese jenis 2..

jadi senang kan untuk mengetahui BMI anda iaitu berat badan anda bersesuaian tak dengan ketinggian anda. jadi, apa yang anda perlu lakukan selepas mengetahui BMI dan kategori BMI anda untuk kekal sihat dan mengelakkan penyakit-penyakit berbahaya. semestinya bagi golongan dewasa mesti mengawal berat badan mereka kerana golongan dewasa tidak boleh lagi mengawal ketinggian mereka berlainan pula dengan golongan kanak-kanak.

Friday, February 28, 2014

HeBaT CiPTaaN ALLAH


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader..

gambar di bawah ni copy paste kat facebook sebab rasa cam istimewa sangat...
bila dibaca, sapa sangkakan begini keajaiban Nya..
SubhanaAllah...indahnya...


MH : LaH TaHZaN, ALLAH aDa


ASSALAMUALAIKUM


Friday, February 21, 2014

MH : HoRMaT


ASSALAMUALAIKUM


nape masa bercouple tak boleh nak pegang, cium tangan mak tapi boleh pulak pegang tangan pakwe/makwe memasing. kan..kan..kan..

Tuesday, February 18, 2014

KeCaNTiKaN DeNGaN SaFi



ASSALAMUALAIKUM

hai bloggers dan readers...

kerana dirimu begitu berharga..dengan anda wanita-wanita diluar sana inginkan kecantikan..jadi mereka akan membuat bermacam-macam cara untuk hasil yang terbaik.

pelbagai produk telah terhasil dan dipasarkan untuk menjadikan impian wanita-wanita ini terlaksana..
tetapi berhati-hatilah juga dengan produk2 ini supaya anda tidak tertipu..pastikan produk selamat dan tidak berbahaya untuk kesihatan

rahsia saya..saya pakai produk2 safi...heheee


Sunday, February 16, 2014

ToGeTHeR-GeTHeR


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggers and readers...

dalam dunia ni ALLAH da cantik2 mencipta dengan semua nya berpasang-pasangan atau perbezaan..tapi bukan setakat pasangan dalam suami isteri or "couple" but everything..
siang dan malam, timur dan barat, kanan dan kiri, hitam dan putih, lelaki dan perempuan, cerah dan gelap, tinggi dan rendah, besar dan kecil serta macam-macam lagi  

jom hargai hidup anda....


Monday, February 10, 2014

MH:GaMe oN



ASSALAMUALAIKUM


Saturday, February 8, 2014

HaNYuT Di LauTaN PaSiFiK


ASSALAMUALAIKUM

teka teki kembali lagi...
moh kita tengok soalan ape pulak kali ni...


Ambil 5 daripada bahan2 di bawah mengikut kesesuaian jika anda berada di tengah lautan pasifik. (1000 batu jauh daripada daratan). Kapal yang telah anda naiki hampir karam. Terdapat sebuah bot kecil yang hanya muat seorang dan beberapa barang sahaja boleh dibawa untuk menyelamatkan nyawa anda serta terus hidup di lautan tersebut sebelum sampai ke daratn.
-          Dayung
-          Google
-          Tangki berisi 5 gelen air
-          1 peti makanan
-          Peta lautan pasifik
-          Bantal pelampung
-          Tangki berisi 2 gelen minyak & gas
-          Radio transistor
-          Ubat penghalau jerung
-          Jaket keselamatan (life jacket)
-          Kain plastic (10 kaki)
-          1 kotak jus oren
-          Tali nylon (15 kaki)
-          1 kotak coklat
-          Alatan memancing
-          Rokok
-          Mancis
-          Rm 1 syiling (5 keping)

Pilih barang2 mengikut keutamaan & kenapa...


Ok..tau jawapan nya...pikir-pikirkan lah ye..
selamat mencuba...


Wednesday, February 5, 2014

aPaKaH??? PeRNaHKaH???


ASSALAMUALAIKUM


Tuesday, February 4, 2014

MH:MiNDa


ASSALAMUALAIKUM


Thursday, January 30, 2014

MH: JaDiLaH LeBiH BaiK DaRi SeMaLaM


ASSALAMUALAIKUM

Jika kita berpeluang membantu seseorg, kita harus bersyukur. Sebenarnya Allah mengkabulkan doa org itu melalui kita.
Kita tak mampu mengubah sesiapapun. Kita cuma boleh mengingatkan dia & memohon kpd Allah utk menggerakkan org itu utk berubah.
Keampunan Allah jauh lebih besar drp apapun dosa kita. Justeru, segera bertaubat apabila melakukan sebarang dosa.
Moga Allah rahmati kita semua & jadikan hari ini lebih baik drp semalam.
 

Wednesday, January 29, 2014

MH: TeGuRaN YaNg iKhLaS


ASSALAMUALAIKUM

Barangsiapa yg kecil hati bila di tegur, itu petanda EGOnya sgt tinggi, dia merasa dirinya sempurna & org lain tak layak utk menegurnya. Ingat bahawa setiap teguran atau kritikan drp org lain adalah DIDIKAN & TEGURAN DRP ALLAH yg di salurkan melalui manusia. Moga kita semua akan lebih redha & bersedia menerima teguran dgn hati yg terbuka agar mudah mendapat mardhatillah.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...