Showing posts with label TiPs/ KaEDaH. Show all posts
Showing posts with label TiPs/ KaEDaH. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

Di SeBaLiK MaKaNaN aNDa


‎5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lu...pa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Tuesday, December 24, 2013

♥PETUA UNTUK ANAK DARA♥


Para ibu boleh memberi tips-tips ni untuk anak dara anda ya..

✔ Bangkit Bersambut – Sebelum tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

✔ Wajah Suci
 Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

✔ Menyegarkan Payudara
 Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

✔ Taman Semerbak Mewangi
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tah

✔ Lubang Jarum
 Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

✔ Suara Perindu
 Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

✔ Mengurut Pangkal Bunting Padi
 Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila berjima’setelah berkahwin nanti.

✔ Payudara Montok
Elakkan meniarap di atas lantai, sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.

Monday, March 4, 2013

10 Makanan Agar Kulit Mulus


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader

kulit yang cantik menjadi kemestian untuk semua wanita di luar sana..
nak dapat kulit cantik dan mulus tu la yang macam2 produk telah dipasarkan dan digunakan.
tapi apa dia produk semulajadi yang digunakan..
jom kita tengok...

1. Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato
Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus  lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

6. Telur
Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.



Sunday, February 24, 2013

CaBaRaN 7hari Diet BeRKeSaN


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader,

semua orang menginginkan bentuk badan yang ideal
tapi untuk menjayakannya tersangat la susah..
ia memerlukan disiplin diri yang sangat kuat..
ramai yang nak kurang sering mengamalkan diet yang salah..
apabila kata nak diet je,
terus kata tak makan la..
da pape la lagi...

kat bawah ialah cabaran 7hari diet berkesan..
kira boleh jalan ke???
tak salah mencuba diet seimbang jika nak dibandingkan dengan mengambil pil2 pelansing atau ubat kurus dan kesannya anda akan kurus dengan cepat..
tapi dimana kesahihannya..
tak de side effect ke masa depan..
nak kurus punya pasal
kesian dekat jantung, hati, perut, usus dan lain2 organ dalaman..
huhuuuu




Hari Pertama
Semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya. Selain itu, kamu disarankan makan sup.
Hari Kedua
Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.Kamu tidak dibenarkan makan kacang  panggang dan seumpama dengannya. Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu. paling disyorkan sayuran berdaun hijau. Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ketiga
gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan...
Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
Hari Kelima
Hari untuk daging dan tomato. Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari Keenam
Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.Tetapi jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang.Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.




untuk figure di bawah tentang corak pemakanan Rasullullah,
InsyaAllah dila akan kupas tuk entri yang seterusnya..




Wednesday, February 20, 2013

PETUA MENCARI CALON SUAMI YANG BAIK


ASSALAMUALAIKUM

Hai blogger dan reader

apa yang anda dapat fikirkan?????


Wanita mana yang tidak impikan seorang lelaki yang Soleh & Beriman untuk dijadikan sebagai Suami.


Dalam usaha untuk mencari Calon Suami Yang Baik, wanita juga harus berusaha untuk memperbaiki dirinya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.
Seperti mana Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


  • Pilih yang baik dan beragama
    Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?
    Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.
  • Cari yang sabar dan penyayang
    Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah?
    Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.
  • Jangan nilai pada rupa
    ‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.
    Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.
  • Hormat orang tua
    Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan?
    Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.
  • Cari yang boleh mendengar dan mendidik
    Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita.
    Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.
  • Lihat pada keluarga dia
    Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari
     jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”.
    Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.
  • Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita
    Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.
    Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.

Thursday, February 14, 2013

Rahsia Cantik Dengan Coklat!


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader

mmm..musykil ngan tajuk entri sebenar yer..
tapi xpe laa..kita redah je laa...
coklat bukan boleh buat sakit gigi dan seterusnya gigi rosak sebab dia manis sangat.
sapa punya mitos ye??
sebab tu lepas makan coklat kena cepat2 gosok gigi..
nanti bakteria cepat2 melekat kat gigi kalu kita tak gosok gg.
ok laa..bukan nak jadi doktor gg tetibe
tapi nak cerita pasal COKLAT


1
Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.

Antaranya:

1)Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2)Kulit sentiasa lembap dan segar.
3)Menegang dan menghaluskan kulit.
4)Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5)Mencegah kedutan pada wajah.

Andai kamu ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian kamu,jom baca!

Pelembut Kulit
Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja,ia ternyata bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semula jadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit kamu sentiasa lembut.

Melambatkan Kedutan
Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan catechin merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.

Mengurangkan Parut
Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan garis-garis halus,mengurangkan bekas parut dan stretch mark.

oooo...sebab tu la kalu mak we dia ngajuk, pak we dia beli coklat tuk hilangkan stresss...hahaaa...
auta jah...hahaaa...


Sunday, July 31, 2011

RaMaDaN Al- MubaRaK

ASSALAMUALAIKUM

Hai bloggerzzz and readerzzz

diam tak diam dah masuk bulan Ramadan balik
secara tak langsung 
tadi ramai la umat islam berpusu-pusu ke Masjid
untuk menunaikan solat terawih pertama
untuk tahun 1432H ini


dila pun rasa Ramadan kali ini istimewa sekali
ye la biasa yer xsempat pun puasa hari pertama 
dan solat terawih kat rumah dan masjid dekat rumah...
dah beberapa tahun dah...
tapi tahun ni lain sebab memang dah ada kat rumah...
takyah la pening2 kepala nak fikir pasal tiket raya...
heheee....

ok la...buat mereka yang terlupa niat puasa 
boleh follow kat bawah ye...

Lafaz niat sebulan: نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
 Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala

nak ikut niat edisi Upin Ipin pun boleh


TIP UNTUK KEKAL CERGAS KETIKA BERPUASA

di sini dila nak kongsi sedikit tips la untuk semua
jom share...

1) perlu memaksimumkan simpanan glikogen
- dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
2) Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.
3) Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur.
- Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
4) Kurangkan makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati.
5) Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. 
- Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.
6) Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. 
- Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.
7) Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
8) Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
9) Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. 
- Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.

oleh itu, selamat beramal ye semua...
semoga Ramadan kali ini lebih bermakna
dan memberi seribu kali manfaat..




★ *˚ .ღ 。


/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...