Wednesday, May 30, 2012

wordless wednesday - LoVe UniK


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz





Tuesday, May 22, 2012

::..FADHILAT BULAN REJAB..::


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan readerzz


 Bulan Rejab kembali lagi.
Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam.
 Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.


 ::..Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
 ::..Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
 ::..Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka
 ::..Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
 ::..Puasa 5 hari - aman dari azab kubur
 ::..Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
 ::..Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
 ::..Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
 ::..Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
 ::..Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
 ::..Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
 ::..Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
 ::..Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun. ::..Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
 ::..Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam. ::..Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. 
 ::..Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
 ::..Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. ::..Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. ::..Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
 ::..Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. ::..Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. Kelebihan lain bulan Rejab: ::..Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. ::..Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. ::..Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
 ::..Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. 

 amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
 ::..Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
 ::..Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
 ::..Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
 ::..Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
 ::..Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

  Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab
 ::..Israk dan Mikraj (27 Rejab) 
 ::..Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
 ::..Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. 

"Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al Israa': 1)

  DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab: 
 Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya." 

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.


Sunday, May 20, 2012

KaLu aWaK, aWaK BuaT aPe???


 ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz sekalian..

lama yer rasa tak bersua cerita...
tuntutan waktu menghalang dila wat macam tu...
bila tak update entri...
dila rasa cam ketinggalan la segala cerita dunia nih...haahaa
dah memang tujuan kita nak berkongsi kan
tapi jangan lah kita menghentam sesama sendiri...
 ok laaa...
bukan tujuan dila nak membebel tapi nak kongsi satu kisah...
mungkin ada yang dah baca n mungkin ada yang belum...
jom baca....





satu kisah

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

-moral : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through..




Kalau saya jadi DJ,mesti saya selalu sebut name awak kat radio.

Kalau saya jadi DOKTOR,mesti saya selalu merawat awak.
Kalau saya jadi PENYANYI,mesti saya nyanyikan lagu untuk awak setiap hari.
Kalau saya jadi GURU,mesti saya akan ajar awak makna cinta.
Kalau saya jadi LAWYER,mesti saya selalu membela awak.
Kalau saya jadi TINGGALKAN awak,saya mesti suruh awak cari pengganti lain,sebab saya sayang awak dan saya tak nak awak merana.. -Asha-





insyaAllah....amin...





HARI NI KELANTAN CUTI....^-^...

ASSALAMUALAIKUM

hai blogerzz and readerzz,

lama tak bersua muka...
ye laaa...
ari ni je la dapat ruang waktu sikit
jadi sempat la bertinta sedikit
walaupun keje2 bertimbun2 bak gunung kinabalu ag...
huhuuuu
 don't give up...
teruskan usaha k...

sebab pe de masa sedikit ari ni
sebab....
cer teka?
haaaa...ni nak cite nih...
sebab ari ni kelantan dapat cuti...
sebab pe dapat cuti sebabbb....
CUTI BOLA

logik tak???
caya tak???

caya laaa...
memang cuti laaa....
tq sebab bagi 1 hari lagi cuti...
sebab dila payah bena nak jumpa hujung minggu....

one more thing...
TAHNIAH kepada THE RED WARRIOR
sebab menang semalam...
PIALA FA....
gomo klate gomo....



tengok lah lautan merah penyokong2 the red warrior...
tanda sokongan mereka...
hebat la dorang ni...
tapi yang penting cuti tuh...
tapi cuti pun tak gaya cuti...
keja banyakkkk....
relax2...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...