ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah..syukur kita diberi nikmat untuk bernafas lagi di Bumi Allah lagi..menyedut udara yang dibekalkan kepada semua makhluk di atas bumi ini supaya terus bernyawa.. manusia hanya pelakon yang melakonkan watak2 mereka..oleh itu, cuma sekadar perkongsian untuk semua..
Tujuh Sunnah
Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :
Solat
Tahajjud
Solat Tahajjud
ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang
terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat
sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara
fadhilatnya :
1. Mendapat
pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi
oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya
menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan
hisab ke atasnya.
5. Mendapat
catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT
yang bermaksud :
“Dan bangunlah
pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang
tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra
: 79)
Membaca
Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari
Membaca Al-Quran
merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu
sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan
mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan
Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan
dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman
Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya
Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan
memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan
amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)
Jangan
Tinggalkan Masjid
Solat yang lebih
baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah
di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid
dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi
Muhammad SAW yang bermaksud :
"Sungguh,
alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh
seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang
membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat
berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."
Jaga
Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha
adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana
solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu
rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik
matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir.
Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap
pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah;
tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat
baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan
mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Jaga
Sedekah
Sedekah ialah
seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang
memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang
rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang
melimpah. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan jangan
sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan
Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu
baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan
(diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi
Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah),
Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan.
(mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka,
jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?"
(Al-Imran : 180)
Jaga
Wudhuk Terus Menerus
wudhu adalah salah
satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya
akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :
"Orang yang
selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak
solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya
Allah".
Istighfar
Setiap Masa
Istighfar ialah
memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah
dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Allah tidak
sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara
mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar
(meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)
<3 seBaRkaN daN
aMaLKan (^^,) <3