Showing posts with label MaKLuMaN. Show all posts
Showing posts with label MaKLuMaN. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

PeRMuLaaN RaMaDaN


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader

tup2 RAMADAN kembali lagi...
jadi masuk la bulan berpuasa bagi umat Islam...
wajib tau...

jadi..
DILA nak wish...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 
semoga amalan kita di terima..
sempena bulan yang mulia ini...




NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN


Maksud: Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)


Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala.


DOA BERBUKA PUASA


Maksud: Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

AMIN..



Tuesday, June 26, 2012

uNiFi



ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader...


kepada kawan2 n sape2 sj yang nk bertanya tentang STREAMYX dan UNIFI
boleh la bertanya terus kepada sy (i will reply u).
untuk pemasangan boleh mendaftar dengan saya terus secara PERCUMA SAHAJA di seluruh Malaysia tidak kira di mana anda berada...... 

Keistimewaan :
1.tiada sewaan bulanan telefon. 
2. panggilan TM ke TM free 
3. Modem free. 
4. Kalu x nak guna telefon rumah cuma masuk line je tp x perlu bayar telefon, bayar internet je......



nak tau lebih lanjut, boleh ke:

or 

segala-gala nya maklumat di hujung jari..
oleh itu, buatlah pilihan bijak dan pantas...


Tuesday, June 5, 2012

PeSTa Wau aNTaRaBaNGSa


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz

yang ni lagi 1 promo tuk Tahun Melawat Kelantan lagi
ni pun tau sebab masa jalan2 kat pesta makanan thai ari tu laa
dorang promote skali pesta wau antarabangsa ni

walaupun dila ni buta seni
(tapi de la smpai xnmpk terus, ade jgk cahaya kat situ)
tapi dila suka la jugak tengok benda2 gini...

tengok pada nama pun dah gah kan...
yang menarik yer jugak 
pesta ni wat kat kampung dila
TUMPAT...
di 
PANTAI GETING, TUMPAT

mari pakat2 ore kg blako kito turun meriahkan pesta wau nih...
hahaaaa...
(sekali lagi duta pelancongan kelantan)


waaa...18 buah negara tuh...
mesti ada GIANT wau kan3...



ni lah antara tentatif program...
menarik kan...
apa tunggu lagi...
tunggu tarikh berlangsung la kan...


p/s= unik kan poster kat KELANTAN ni...
setiap tajuk mesti kena tulis dalam tulisan jawi
bukan kat poster je..banner2, banting2, flyer2 dan sebagainya 
sume tulis tajuk dalam tulisan jawi...
ALHAMDULILLAH...




PeSTa PaNTai 2012 (PaNTai iRaMa)


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader

ari ni dila nak cerita pasal ape ye...
pasal Tahun Melawat Kelantan laaa...
sebab dila ada kat Kelantan sekarang...
banyak pulak pesta yer dalam bulan Jun ni ye...

kalu semalam dila cerita pasal pesta makanan Thai...
ari ni pasal PESTA PANTAI
ooo ok...
jangan salah faham ye 
dengan maksud tajuk kat atas ye...
biasa laaa...
Kelantan agak terkenal jgk dengan pantai yer yg cantik
of coz la wat kat pantai kan...
ye laa...dah nama pun PANTAI TIMUR
di 
PANTAI IRAMA, BACHOK

Tugu Pantai Irama


banyak aktiviti menarik...
dila pun insyaAllah akan ke sana...
buat apa ye...
ade la persembahan yer...
klu de terjumpe...
tegur2 laaa...

dila bg clue ye...
petang jumaat...


kat atas ni antara aktiviti ye...

best la jugak...
apa lagi jemput la datang KELANTAN
(macam duta pelancongan Kelantan plk)


Wednesday, October 19, 2011

ATTENTION PLEASE: FOOD TALK- GAYA HIDUP SIHAT

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz sekalian

entri ini akan melekat di atas entri lain sehingga 22 oktober 2011

kali ni dila nak promote 1 event
yang dihandle by me...
so, nak jemput sapa2 yang mempunyai waktu terluang...
untuk datang memeriahkan majlis
(bese yer dila akan post entri selepas event berlangsung tapi ni special sikit iaitu sebelum berlangsung)

jom kita tengok event ape???


jom kawan2 yang ada di sekitar kubang kerian or kelantan..
mai la datang USM Kubang Kerian
untuk sedikit ilmu yang memberi banyak manfaat pada diri

satu program yang julung2 kali nya diadakan
di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
kampus kesihatan ini...
jadi jom manfaatkan nya....

 Program FOOD TALK: Gaya Hidup Sihat.
 (anjuran Desasiswa Murni)

Treasure Hunt: Destinasi Sihat
Tarikh: 21 Oktober 2011
Masa: 8.30 am- 12.00pm
... Penyertaan: Terhad kepada 10 kump (5org/kump) & yuran penyertaan RM10/kump


Forum: Makanan Kita, Prihatinkah Kita?
Tarikh: 21 Oktober 2011
Masa: 8.00pm-11.30pm
Tempat: Dewan Nurani
Panel: Pn. Siti Azima Awang ( Dietitian HUSM) & Prof.Madya Dr.Wan Rosli (Pensyarah Pemakanan USM..)
moderator: Puan Wan Suriati Wan Nik


mai dila cerita pasal aktiviti2 yang bakal berlangsung
kira macam whole day activities laa...
tak salah rasa nya luangkan masa yang ada untuk sesuatu yang bermanfaat
daripada tido je kat bilik kan..kan..kan

1) TREASURE HUNT: DESTINASI SIHAT
-paginya kita akan adakan checkpoint2 untuk menguji minda student2 USMKK nih..tak susah mana pun...just a simple2 thing...just for fun sambil tambah ilmu pengetahuan...selain cergaskan otak di hari-hari minggu...jika dapat sambutan..kami akan berikan merit + sijil 
(yang memang student2 USMKK kejar2 kan)

2) FOOD TALK: GAYA HIDUP SIHAT
- program yang julung2 kali nya diadakan di bumi Universiti Sains Malaysia
kampus kesihatan, Kubang Kerian...
khas untuk memberi penekanan tentang makanan kepada para student...
yang membawa tajuk
"MAKANAN ANDA, PRIHATINKAH ANDA???"
di mana makanan adalah sumber tenaga badan kita untuk kehidupan seharian.
marilah kita sama-sama memeriahkan nya...
ada juga tip2..so, jangan ketinggalan...
kalu tidak, rugi...
tak rugi kita mencari ilmu yang sedikit jika nak dibandingkan banyak yang kita dapat

sedikit dila kongsi mengenai panel pada malam tersebut...

MODERATOR:
Puan Wan Suriati Wan Nik
merupakan pegawai sains kanan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM..
sangat petah berkata-kata dan mengeluarkan idea...
seorang yang sentiasa bersemangat dan berdedikasi...
seronok tengok beliau membuatkan kita pun turut sama bersemangat...
jom kita tengok puan wan suriati melontarkan vokalnya di atas pentas...
anda fikir sendiri betul tak apa yang dila cakapkan..

AHLI PANEL:
1) Prof Madya Dr Wan Rosli Wan Ishak
(pensyarah pemakanan USM)
dah terang2 kat situ dah tulis...beliau adalah one of my lecturer...
for sure la...budak2 dietetik n nutrition kat USM ni kenal sangat dengan Dr Rosli ni
sangat2 sporting beliau...
always ok...
beliau memang hebat la dalam food science n food tech ni...
beliau ajar kami pun food science, food preparation n food analysis
memang beliau expect sangat dalam bidang ni
beliau juga mengkaji dan membuat dalam produk baru
khususnya makanan
iaitu bulu jagung (cornsilk) dan burger cendawan
pernah menang anugerah kalu tak salah tahun lepas...
(alamak ni kenal tanya dr balik...hehehee)

2) Puan Siti Azima Awang
(dietitian HUSM)
seperti tertera di atas, dila bakal berdepan dengan beliau la nanti untuk practical nanti..
beliau juga seorang komited pada tugas yang diberikan
jadi, beliau akan kupas segala isu perkara yang berkaitan penyakit melibatkan makanan...
ada tanya lah beliau..
tapi diingatkan...biar la logik ok...

amacam...mengancam tak jiwa nak pergi...
tak yah tunggu2 lagi...
angkat kaki, then, terus pergi...
banyak manfaat nya...

BONUS: lupa nak cakap...
anda akan dapat
maklumat tambahan tentang makanan + merit + persembahan demostrasi khas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia...
apa lagi..rugi kalu tak datangkan...



JOM MEMERIAHKAN...=)
<hebahan besar-besaran...promote dekat kawan2 sekali yang berada di KELANTAN>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...