Showing posts with label OLiDaY TyMe. Show all posts
Showing posts with label OLiDaY TyMe. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

AKTiViTi : MeNGGaMiT MeMoRy



..ASSALAMUALAIKUM..

hai blogerzz n readerzz

dah lama rasa yer x update entri kat blog ni kan...
asyik blog satu lagi je..
macam di anaktirikan jee
alalaaa
jangan la ngajuk ye blog sayang...
heheee...
dila masih lagi dalam mood keibu-ibuan gitu...
(tapi bukan jadi ibu lagi ek, i xkawen n beranak lagi tp dh dpt title ibu)

nak taw semalam dila de wat program kat RKKTAF
seronok sangat sebab dapat jumpa adik2 balik...
rindu sangat kat dorang...

program nyer ialah




program ni dila ajak la beberapa orang kawan2 dila dari USMKK
turun tuk join adventure ngn dila kat sini
iaitu tempat dila community service ari tuh...
terima kasih sgt2 kawan2 sebab sudi luangkan masa...
Afi, Tiqah, Azmi, Azri, Zainal, Firdaus n K.Rose..





seperti biasa no pic dari dorang sebab dh termaktub dalam peraturan...=)




Monday, July 25, 2011

AKTiViTi : CaTaTaN PeNGaLaMaNKu part 3


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz....
hari ni dila nak sambung dengan part 3...iaitu part akhir sekali...
nanti dila update yang lain pulak...ok...

CONTINUE...


                 Di samping itu, peluang mengenali kanak-kanak ini amatlah bertuah dengan pelbagai latar belakang selain kita dapat memperbaiki dan menghargai kehidupan kita. Bagaimanapun, mereka sangat memberi kerjasama kepada saya walaupun ada sesetengah antara mereka ada yang nakal. Di sebalik kenakalan mereka yang kadang-kadang mengundang tawa dan geram, ada antara mereka yang pandai dalam akademik dan ada juga sebaliknya. Namun, sangat sayang jika tidak digunakan kepandaian itu sebaik mungkin kerana mereka ada potensi untuk berjaya pada masa hadapan walaupun nasib kehidupan dan kasih sayang tidak menyebelahi mereka. Sudah semestinya perhatian dan kasih sayang yang mereka perlukan. Peluang seperti itu bukan selalunya mereka dapat. Dari situ, saya cuba menyelami perasaan mereka yang kadang-kadang ada yang merendah diri dan tidak kurang juga merasa tiada orang lain yang lebih hebat dari mereka. Ada juga antara mereka yang agak kurang sedikit dalam pelajaran, tetapi mempunyai kelebihan dalam kemahiran lain seperti melukis, menari, mengaji, menyanyi dan bermain bola. Hal ini yang membuatkan mereka sangatlah istimewa. Apa yang saya boleh katakan kepada mereka ialah tiada yang mustahil bagi mereka dan sekiranya kita dapat betul-betul menjaga dan memberi perhatian kepada mereka tidak mustahil mereka pasti berjaya, InsyaAllah.
                 Perasaan bercampur baur dapat dirasai pada hari terakhir latihan komuniti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah dengan bermacam-macam perasaan. Kakitangan di situ juga sangat mesra dan baik belaka, di tambah keceriaan dan kenakalan kanak-kanak di situ yang seperti saya kata tadi kadang-kadang mengundang tawa dan geram. Semestinya, pengalaman ini menimbulkan seribu satu kerinduan serta kenangan yang indah dan walaupun pada hakikatnya cuma untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, namun 6 minggu yang sangat berharga kerana pengalaman yang mengajar kita segala-galanya dan mungkin berguna semasa di alam pekerjaan nanti. 

begini la cite yer...walaubagaimanapun, dila akan buat sesuatu juga untuk hiburkan mereka...
apa dia...tunggu..=)

Friday, July 22, 2011

AKTiViTi : CaTaTaN PeNGaLaMaNKu part 2





ASSALAMUALAIKUM
hai bloggerzzz...

beberapa hari lepas dila dah cite serba sedikit kan...
so, kali ni kita ikuti untuk part 2 pulak ok....


                 Selain aktiviti-aktiviti yang dinyatakan, banyak lagi aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak. Peranan penjaga dalam menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seterusnya melancarkan perjalanan program. Penglibatan  dari masyarakat luar juga banyak menyebabkan kanak-kanak di sini tidak pernah sunyi dengan aktiviti yang dianjurkan seperti penyertaan pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja institusi swasta, NGO, hotel dan anggota tentera dalam melakukan kebajikan. Tajaan dan derma juga diberikan melalui aktiviti yang dianjurkan.
                 Sebagai contoh, aktiviti kerja amal bersama Hyatt Regency dan US Airforces. Mereka menyediakan makanan yang enak dan aktiviti mengecat yang dilakukan oleh wakil Hyatt Regency dan US Airforces itu. Selain itu, sebahagian dari mereka bermain futsal dan musical chair bersama kanak-kanak. Contoh lain ialah program komuniti sempena eksesais carat. Kali ini kanak-kanak dapat bermain sukaneka bersama-sama anggota TLDM Kuantan seperti acara tarik tali, tiup belon,dan bermacam-macam lagi.
                 Selain penglibatan masyarakat luar dengan membuat aktiviti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, kanak-kanak juga dilibatkan juga dengan pergi melawat luar dari institusi seperti lawatan ke Santuary Penyu Cherating oleh kanak-kanak asrama dan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan oleh kanak-kanak tadika. Oleh itu, saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama-sama memandangkan saya juga tidak pernah lagi ke sana selain turut mengawal pergerakan kanak-kanak tersebut. Sesungguhnya, mereka semua sangat seronok sepajang menyertai lawatan.
                 Mungkin sepanjang aktiviti, banyak melibatkan kanak-kanak asrama sahaja iaitu dari umur 7 – 17 tahun. Bahkan kanak-kanak tadika masih tidak dilupakan kerana mereka juga ramai antara 3 – 6 tahun. Saya juga turut serta dalam pembelajaran mereka mengikut video yang disediakan seperti kisah-kisah nabi, bacaan ABC/123/huruf jawi dan sebagainya. Saya turut berpeluang melawat bilik bayi yang antaranya berumur 7 hari hingga 2 tahun di mana mereka semua sangatlah comel tetapi latar belakang mereka yang tidak mengizinkan mereka hidup seperti bayi-bayi yang lain yang penuh dengan kasih sayang ibu bapa mereka. Kadang-kadang terhibur dengan telatah mereka yang sangat comel. 

hah..ok tak...setakat nih dulu ye...
nanti dila sambung tuk part 3 pulak...=)

Friday, July 15, 2011

ish..ish..ish..



ASSALAMUALAIKUM
kawan-kawan...
eeemmm...rindu betul nak menulis tapi terhad....
ok lps nih yee...
ni pun dila baru lepas siapkan report yang dila buat community service....
asalnya tak tahu nak tulis apa...
last2 banyak yang nak diceritakan....
best jgk kan dunia penulisan nih...kita boleh tulis apa2 je asalkan masih rational...
apa yang slalu dila pegang
'be rational not emosional'
boleh jadi hobi baru nih selain part time blogger yang tak famous langsung...
kang klu famous, susah plk ramai yg tanye bila nak update blog...
payah plk nnti...dila kan tak banyak masa selalu buzy je...kalah prime minister...
sebab blogging nih just suka-suka... 
tapi ada juga yang buat sebagai bisnes...bagus2 keep it up
thumb up sebab berjaya lak tuh....
ok la...klu nak taw serba sedikit pengalaman dila spjg dila buat CS...
continue next post ok...nanti dila share sikit....
sebab dila kena tulis tentang catatan pengalaman kan untuk report...
so, dah alang2 pekasam biar sampai ke pangkal lengan...(aik betul ke nih???)
ok laa...(dh brape kali ok laaa)
ok laaaa...see u...bye...

Tuesday, May 17, 2011

AKTiViTi : 5th : TeRBaNTuT SeMuA BeNDa



1
...ASSALAMUALAIKUM...

malang sungguh hari nih...
mase nak g ke tempat praktikal, bleh lak dila eksiden kat traffic lite...
orang langgar bontot kete...
mujur tade pape...
maka terbantut la program hari ni...
sepatutnya dila wat antropometri kat adik2 kat sane...
tapi dah jadi cam ni terpaksa ke balai wat repot
macam2 betul dugaan kali ni....



dah la dila janji nak bagi kat adik2 kat umah tuh kad hari guru yang buat ari tuh...
alih2 xdpt la pas kad tuh...
mesti dorang tunggu...adoi...
"maaf ye adik2...ibu dila mintak maaf sangat"
dah takdir nak wat camne lagi...

pape pun kete dah masuk workshop...
harap dila boleh teruskan perjalanan dila lagi...

apa2 pun hidup mesti diteruskan...=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...