Showing posts with label TeKa - TeKi. Show all posts
Showing posts with label TeKa - TeKi. Show all posts

Saturday, March 8, 2014

AnGGaPaN DiLeMa


ASSALAMUALAIKUM

jom kita cuba selesaikan perungkaian dilema ini


Anda telah dilaporkan menghidap sejenis penyakit di tahap 4 oleh doctor. Apakah yang anda lakukan setelah mendapat berita tersebut.

    1)  Menyegerakan doctor untuk melakukan pembedahan.
2)      Reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya dijemput awal.
3)      Menyelasaikan hutang-hutang yang tertunggak.
4)      Melakukan perkara-perkara yang hendak dilakukan sebelumnya seperti panjat tangga menara KL.
5)      Meminta maaf dengan keluarga dan semua orang.
6)      Mewasiatkan harta kepada anak yatim
7)      Mendekatkan diri dengan penciptaNya & belajar kelas-kelas agama.
8)      Menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sehingga mendapat pangkat tertinggi.
9)      Meneruskan hidup seperti biasa macam tiada apa-apa pun yang berlaku.

sekiranya situasi ini di tempat anda..apakah anda akan lakukan...

Saturday, February 8, 2014

HaNYuT Di LauTaN PaSiFiK


ASSALAMUALAIKUM

teka teki kembali lagi...
moh kita tengok soalan ape pulak kali ni...


Ambil 5 daripada bahan2 di bawah mengikut kesesuaian jika anda berada di tengah lautan pasifik. (1000 batu jauh daripada daratan). Kapal yang telah anda naiki hampir karam. Terdapat sebuah bot kecil yang hanya muat seorang dan beberapa barang sahaja boleh dibawa untuk menyelamatkan nyawa anda serta terus hidup di lautan tersebut sebelum sampai ke daratn.
-          Dayung
-          Google
-          Tangki berisi 5 gelen air
-          1 peti makanan
-          Peta lautan pasifik
-          Bantal pelampung
-          Tangki berisi 2 gelen minyak & gas
-          Radio transistor
-          Ubat penghalau jerung
-          Jaket keselamatan (life jacket)
-          Kain plastic (10 kaki)
-          1 kotak jus oren
-          Tali nylon (15 kaki)
-          1 kotak coklat
-          Alatan memancing
-          Rokok
-          Mancis
-          Rm 1 syiling (5 keping)

Pilih barang2 mengikut keutamaan & kenapa...


Ok..tau jawapan nya...pikir-pikirkan lah ye..
selamat mencuba...


Sunday, January 12, 2014

MeMuLaKaN KeHiDuPaN BaRu


ASSALAMUALAIKUM



Kononnya, Bumi akan meletup 30 minit lagi. Masih terdapat 6 orang yang masih hidup di atas muka bumi ini. Ada sebuah roket yang boleh memuatkan 4 orang saja untuk ke bulan dalam masa 15 minit lagi. Antara 6 orang yang masih hidup ialah:

-          Ahli sains
-          Ahli agama
-          Askar yang cedera/cacat
-          Perempuan yang mengandung
-          Guru
-          Artis / hakim

Dianggarkan perbincangan mereka berenam hamper 60 minit. Siapakah di antara 6 orang itu akan dibawa ke bulan dan ditinggalkan ke bumi.


cuba anda pikirkan apakah jawapan anda berserta sebab mengapa memilih...ia adalah pilihan anda dan seterusnya pendapat anda..selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...