Monday, November 14, 2011

It'S a FiNaL CouNtDowN


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz

tak da pape dila nak cakap pagi2 buta nih
entri before tido
nak wish all students yang akan ambil SPM esok
yang akan langkah dewan peperiksaan
dila nak wish

"Good luck adik semua..."
jawab sebaik yang mungkin...prepare barang yang perlu dibawa  elok2
jangan gelabah taw..tenang je...kang semua yer tak menjadi..
insyaAllah, lepas usaha adik2 sebelum nih...akan membuahkan hasil...
redha n tawakal
minta restu ngn mak ayah..
ingat doa taw
lastly, tarik nafas dalam2..
n mula menjawab...


kak dila doakan kejayaan milik anda...=)

Friday, November 11, 2011

ReCyCLe DaY: VeRSi SeLaMaT BuMi

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz

kali ni dila nak bercerita mengenai
KITAR SEMULA
kenapa???
hari ni diwar-warkan sebagai
HARI KITAR SEMULA
tapi siapa yang ambil berat tentang hal ni
tak de kan...

sememangnya kita sukakan kebersihan dan kecantikan
tapi siapa yang penyebab kekotoran dan bau busuk
bukankah kita sendiri???
so...
macam mana penyelesaiannya



Sejak tahun-tahun belakangan ini, program kitar semula telah mula diberi perhatian oleh kerajaan kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Antara tujuan program kitar semula adalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin kecil sedangkan sisa bahan buangan semakin hari semakin banyak. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan wabak penyakit.
Program kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah 
kerana bahan buangan seperti surat khabar, botol minuman dan besi boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Dalam hal ini mengitar semula penting untuk  menjimatkan kos pengurusan sampah oleh pihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah bukanlah murah kerana proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar. Oleh sebab itu sampah perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjimatkan perbelanjaan membersihkan keadaan persekitaran.
Program kitar semula juga membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu
misalannya kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk boleh dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman dan bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan plastik. Oleh sebab itu ada pihak tertentu melihat program ini sebagai sumber pendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual, justeru, bahan berkenaan  tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh kita peroleh jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran.
 Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai boleh menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih kehidupan menjadi lebih seronok dan selesa.
 dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar
Melalui program tersebut kita mengharapkan agar semua penduduk Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa. Orang ramai harus mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Alam sekitar yang bersih akan menjamin keselesaan hidup di mana-mana juga kita berada di negara ini.

sekarang pun Malaysia baru je lancarkan 
HARI TANPA BEG PLASTIK
iaitu setiap hari sabtu

jadi...
apa sumbangan anda pada bumi kita yang yercinta nih???

ringankan lah tangan anda tu sedikit
bukan perlukan banyak pun sumbangan anda
sedikit pun sudah memadai
bukan untuk sesiapa
tapi untuk diri kita jugak
untuk anak cucu kita satu hari nanti juga...
ikutlah arahan yang telah tertera...
(alamak dah macam duta iklan kitar semula pulak...hahaa)


TOLONG SELAMATKAN BUMI KITA...

KAMI 1st GA

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz

nak join GA jap
before dila continue with next entri

nak taw lebih lanjut 
boleh la ke mamAlya

GA ni nak taw kenapa dila sertai...

sebab kan...sebab kan...sebab kan
dah tentu la dila nak apa yang mamAlya jahit...
comey2 je semua...
dila nak jugak satu
buat kenang-kenangan
boleh laa...
(heehee...rasa2 ok tak alasan dila)

dila nak zippy coin purse yang mama jahit 
then kat situ ade nama dila besar2
"diladayu"
klu guna faveret color dila pun ok gak...
lagi dila suka...
warna hijau + kuning
(ala hijau kekuningan la)

ok la..cukup la tuh...
kang melalut2 tah ke mana lagi...
peace no war...=)


TaRiKH KeRaMaT 11.11.11


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz


111111 hanyalah satu angka pada tarikh dalam kehidupan.
tiada yang istimewa melainkan anda sendiri mengisi pengisian yang menjadikan angka itu istimewa..
tingkatkan amalan seharian kerana semuanya boleh menjadi ibadah,
semoga tarikh ini menjadi lebih baik dari semalam.

tentu ramai yang memilih date tuk wat macam event kan
contohnya:
majlis akad nikah ke, majlis bersanding, kenduri kesyukuran



sambut bufday, sambut anniversary n macam lagi la


sebab yer tarikh yer sangat cantik dan senang diingati...
sebenar xde pape kelebihan pun pada tarikh nih..
just untuk sharing2 gitu...
tak perlu nak dibangga2 kan sangat
lagi pun ia jatuh pada hari jumaat
penghulu segala hari
itu yang patut dibanggakan sebenar nyer

sedikit perkongsian dari dila
yang dila jumpa laa...



ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?
... “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhn...ya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut:2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)


KENAPA BERAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah:286)


RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran:139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).” (Surah Al-Imran:200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah:45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah At-Taubah:111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah:129)


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (Surah Al-Kahfi:28)


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN

Friday, November 4, 2011

SaLaM AiDiLaDHa BuaT SeMuA



ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz sekalian

kali ni dila nak ajak anda semua
aik...nak ajak g mana ni???

jom kita ke event bawah ni..
jeng..
jeng..
jeng..



" Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim)..." Mari tingkatkan amalan dan memanfaatkan hari esok dgn B.E.R.P.U.A.S.A...


Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.;“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah.
 Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim)

Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. 
Di kesempatan ini juga...
dila ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...

SEGMEN | PENCARIAN BLOG FOLLOWER BAWAH 500


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz and readerzz



Syarat-syarat penyertaan

 Sila pastikan follower anda bawah 500
 Follow genk [terpulang, lebih baik follow ]
 Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Follower Bawah 500
 Letak banner di atas dan linkkan ke entri ini
 Dah siap, hantar link anda ke ruangan entri ini
 Tarikh Tutup : 11 November 2011, jam 2 petang

memandangkan dila baru setahun jagung...
so, dila nak join segmen nih...
peace no war...=)

CaNTiK + HeNSeM

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz sekalian

topik kita pada hari Jumaat yang mulia ini
ialah.....

Siapa Yang Cantik? Siapa pulak yang hensem??


Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. 
Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata hati lah yang akan mendefinisi cantik. 
Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.


Sungguh berbeza kan?
 Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.diamalkan oleh kebanyakan Orang Ulu dan menjadi satu identiti penting bagi kaum Kayan, Kenyah dan Kelabit di Sarawak. Telinga dilubangkan dan digantung dengan sejenis perhiasan yang diperbuat daripada tembaga yang dipanggil 'Esang'. Mereka beranggapan, semakin panjang cuping telinga, semakin terserlah aura kecantikan mereka.



Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini.
 (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. 
Plastic surgeryBotoxliposuctiongastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia.
 Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. 
Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

hal-hal bukan sahaja pada wanita semata-mata...
lelaki pun sama tetapi dari aspek yang berbeza..
malah mempunyai maksud yang sama
iaitu...
kecantikan dalaman..
kerana itulah yang kekal abadi selama-lamanya..
walaupun dari segi luaran,kita nampak kekurangannya.
tapi dalaman yang mentafsirkan segalanya
hanya orang yang celik je dapat menilainya..

sharing is caring...=)


Thursday, November 3, 2011

MaSa YaNg SeSuai uNTuK MiNuM AiR

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz

dila just nak share pasal ni sikit
yang diambil dari sumber facebook
lepas baca ni..
bolehlah amalkannya..
sesungguhnya air masak nih sangat baik untuk kesihatan...


1) Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TI...DUR.
- Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman

2) Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN.
- Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

3) Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI.
- Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

4) Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR.
- Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..


 sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya.
1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).
2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.
3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.
4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.
5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.
6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.
7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.
8. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.
10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”
maklumat kat atas ni di ambil dari blog KEVINZAHRI
anda kenal sapa beliau???
klik la kat atas....


Tuesday, November 1, 2011

MaRi BeLaJaR KaMuS BaHaSa KeLaNTaN



  • ASSALAMUALAIKUM

    hai bloggerzz dan readerzz sekalian

    kita bersua lagi ye..
     jom kita semak kamus kalu nak belajar loghat kelate...
    selamat mencuba....


    1. Agah = sombong
    2. Aloh la = mengeluh
    3. Bekok = bergurau

     4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
    5. Bera = lari bertempiaran
    6. Beso = biasa
    7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
    8. Blana-kokna = terlalu banyak
    9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
    10. Bleber = berleter
    11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
    12. Blikat = bahagian belakang badan
    13. Bojen = fesyen atau style rambut
    14. Borak = semakin parah-sakit
    15. Brehi = menyukai atau minat
    16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
    17. Brona = membuat perangai-menangis
    18. Brunga = berlari
    19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
    20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
    21. Cedung = bersawah
    22. Cekak = larat
    23. Cetong = gayung
    24. Cok = cangkul
    25. Cokek = mencucuk jari ke pinggang org lain
    26. Cokoh = duduk
    27. Colek = pencicah
    28. Come-lote = terlalu cantik
    29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
    30. Derak = keluar bersiar-siar
    31. Dumoh = rumah
    32. Ejas = memikat
    33. Gege = bising
    34. Glecoh = tergelincir
    35. Glegaa = lantai
    36. Gorek = pengasah pensel
    37. Grentok = jambatan
    38. Gubak = kedudukan yg terakhir
    39. Hambak = mengejar
    40. Hudoh-banga = sangat hodoh
    41. Igak = tangkap
    42. Itee-lege = terlalu hitam
    43. Jelo = terlebih
    44. Jenero = tertido
    45. Jerik = menangis
    46. Jet = perbuatan menendang
    47. Jolo = betul
    48. Jula = dahan pokok
    49. Kalar = pensel warna
    50. Kale = pensel
    51. Kekoh = gigit
    52. Kelik = balik
    53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
    54. Kerah-kejun = kaku
    55. Khenak = membuat jahat
    56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
    57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
    58. Kube-lembe = berselerak
    59. Kuca-bara = berselerak
    60. Kura = menconteng
    61. Lak’eh = tidak bermaya
    62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
    63. Manis-letin = amat manis
    64. Masem-purik = amat manis
    65. Masin-perak = amat masin
    66. Meroh-mere = merah padam
    67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
    68. Meta = sekejap
    69. Mokte = rambutan
    70. Mongek = pembonceng motosikal
    71. Mulo = masa lampau
    72. Nacar = terlajak
    73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
    74. Ngenkok = menyenkeh
    75. Ngolek = gelecek bola
    76. Nyetok = kejang
    77. Pahit-lepe = terlalu pahit
    78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
    79. Parok = parah
    80. Pekong = membaling sesuatu
    81. Perik = serik
    82. Pitih = duit
    83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
    84. Puteh-lepuk = amat putih
    85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
    86. Rekngan-napun =ringan sangat
    87. Repih = mematahkan
    88. Royak = beritahu
    89. Samah = 50 sen
    90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
    91. Sokmo = selalu
    92. Suloh = dahi yg luas
    93. Sumbak = tertekan
    94. Tawa-leba = tawar
    95. Tebolah = cuai
    96. Tiok = menangis
    97. Tok rok = tidak larat
    98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
    99. Tubik = keluar
    100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising


    jangan main2...
    dila letak pasal ni sebab kan dila study kat sini...
    so, apa salah nya kita share sikit loghat negeri nih...
    yang sememang nya merata rakyatnya...=)

    Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama. Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..! Eg: seorang yang lahir pada thn 1986, umurnya sekarang 25 pd tahun ini. Jadi, 86 + 25= 111..!!! Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun! Subhanallah! :)



  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...