Friday, November 11, 2011

ReCyCLe DaY: VeRSi SeLaMaT BuMi

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz

kali ni dila nak bercerita mengenai
KITAR SEMULA
kenapa???
hari ni diwar-warkan sebagai
HARI KITAR SEMULA
tapi siapa yang ambil berat tentang hal ni
tak de kan...

sememangnya kita sukakan kebersihan dan kecantikan
tapi siapa yang penyebab kekotoran dan bau busuk
bukankah kita sendiri???
so...
macam mana penyelesaiannya



Sejak tahun-tahun belakangan ini, program kitar semula telah mula diberi perhatian oleh kerajaan kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Antara tujuan program kitar semula adalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin kecil sedangkan sisa bahan buangan semakin hari semakin banyak. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan wabak penyakit.
Program kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah 
kerana bahan buangan seperti surat khabar, botol minuman dan besi boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Dalam hal ini mengitar semula penting untuk  menjimatkan kos pengurusan sampah oleh pihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah bukanlah murah kerana proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar. Oleh sebab itu sampah perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjimatkan perbelanjaan membersihkan keadaan persekitaran.
Program kitar semula juga membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu
misalannya kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk boleh dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman dan bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan plastik. Oleh sebab itu ada pihak tertentu melihat program ini sebagai sumber pendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual, justeru, bahan berkenaan  tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh kita peroleh jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran.
 Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai boleh menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih kehidupan menjadi lebih seronok dan selesa.
 dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar
Melalui program tersebut kita mengharapkan agar semua penduduk Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa. Orang ramai harus mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Alam sekitar yang bersih akan menjamin keselesaan hidup di mana-mana juga kita berada di negara ini.

sekarang pun Malaysia baru je lancarkan 
HARI TANPA BEG PLASTIK
iaitu setiap hari sabtu

jadi...
apa sumbangan anda pada bumi kita yang yercinta nih???

ringankan lah tangan anda tu sedikit
bukan perlukan banyak pun sumbangan anda
sedikit pun sudah memadai
bukan untuk sesiapa
tapi untuk diri kita jugak
untuk anak cucu kita satu hari nanti juga...
ikutlah arahan yang telah tertera...
(alamak dah macam duta iklan kitar semula pulak...hahaa)


TOLONG SELAMATKAN BUMI KITA...

3 comments:

zaty said... [Reply to comment]

lets go green for nature! hehe..skrg ni byk kan kempen tanam semula bakau.takpun kempen tanam 1 anak pokok seorg.pnh join sekali msa f3 dlu.best! :)

pak muliadi said... [Reply to comment]

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


nurulanisah binti mohd nasir said... [Reply to comment]

@zaty

mana nk beli tong macam tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...