Thursday, December 1, 2011

PeRLuKaH SeKuFu???


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz

alhamdulillah...
seronok tengok semanis kurma
tajuknya hari ni
'PERLUKAH SEKUFU'

dila memang suka dengan Ustazah Siti Bahyah ni
seronok dengar hujah2 Beliau



alhamdulillah..baru habis tengok..
seronok dengan celoteh ustaz n ustazah...
bagi dila tajuk hari ni,
sangat menarik walaupun mungkin ada antara kita yang tak faham..
SEKUFU
boleh dipandang dari pelbagai segi
sekufu pasangan hidup, kawan2, teman perniagaan dan macam2 lagi
tapi yang lebih dibincangkan adalah mengenai pasangan hidup laa
(bab2 ni mesti la ramai suka kan)

mungkin ada yang tidak faham dengan maksud sekufu itu sendiri
yang dari pandangan dila merupakan persefahaman atau persamaan di antara dua pihak yang di mana boleh meneruskan kehidupan dengan bahagia dan tenang...

~Apa itu sekufu??~ 
1. Kufu bermaksud persamaan, kelayakkan atau sepadan. 
2. Sekufu tidak menjadi syarat dalam perkahwinan, tetapi jika
tidak dengan keredhaan masing-masing, maka
bolehlah memfasakhkan
pernikahannya itu dengan alasan tidak sekufu.
 



Adakah sekufu dari segi lain seperti keturunan, amalan agama, taraf pendidikan, pangkat pekerjaan, pemikiran dan sebagainya adalah penting dalam menentukan kufu ini?


apa pandangan anda??? penting atau tidak??? bagi dila, ia adalah depend pada individu tersebut..
sudah semestinya akan timbul percampuran pendapat dari ibubapa
ibubapa mestilah nak yang terbaik untuk anak2 kan
(memang dah tak boleh lari dah tu)
ramai yang menitikberatkan tentang pangkat, keturunan yang tinggi, gaji, pekerjaan yang mewah, serta harta
malah, agama yang terakhir dinilai dalam perkahiwnan....
incase, semasa merisik pun akan disoal selidik sehingga ke titik noktah nya...
tapi di sebalik soal selidik tuh, adakah ditanya soalan seperti
cukupkah solat nya, boleh jadi imamkah, berapa kali khatam quran atau berzanji???
pernah dengar tak orang tanya soalan2 seperti ni...
mungkin ada tapi jarang-jarang..

walaubagaimanapun, dila tidaklah menidakkan hal ni...
malah sekufu ni juga penting..
sebelum kahwin, 60% sikap baik yang kita lihat adalah palsu belaka
maka selepas kahwin la yang kita nampak sebenar nya...

oleh itu...
apa yang dapat disimpulkan di sini...
-saling memahami antara satu sama lain
-faham tanggungjawab memasing
-perlukan keimanan dalam diri
-amalkan HARMONI...hahaaa

H- hormat antara satu sama lain
A- ambil berat
R- ramah mesra
M- makan bersama
O- ok selalu
N- nikmat
I- istiqamah (kasih sayang, ibadat,adab)



“Tiada perkahwinan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tiada perkahwinan seorang wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya”

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syu...rga.

N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja, PAPA dan MAMA.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama saja.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia saja.
A = ada tak ada, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana

________________________________█████_____█████
______________________________███____██_██_____███
_____________________________██________██__________██
____________________________██__________█____________██
________██████____________██________________________██
_____███████████________██________________________██
____█████████████_______██_______________________██
___███████████████______██______________________██
___████████████████______██___________________██
___████████████████_______██_________________██
____███████████████_______███_______________██
_______███████████_______██__██_____________██
___________███████______████___██__________██
____██████__██████████████_____██_____██
__██████████████████████________██__██
_████████████████████_____________████
██_█████_████████████_______________█
█__█_██__████████████
_____█__████████████
_______█████████████
_______██████████████
_______███████████████
________███████████████
_______███████__████████
______███████_____███████
____█████████________██████





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...