Tuesday, December 31, 2013

KanSer


ASSALAMUALAIKUM

sekarang ni ramai berpenyakit gara-gara banyak faktor sekeliling terutamanya pemakanan dan gaya hidup masing-masing.

MAKNA (Majlis Kanser Nasional)- Official Page
 

KAMI MENYOKONG LANGKAH AWAL MENGESAN KANSER PAYUDARA!

- PANDUAN PEMERIKSAAN PAYUDARA SENDIRI -

Lakukan Pemeriksaan Payudara Sendiri secara kerap sekali sebulan antara hari ke-7 dan ke-10 selepas bermulanya tempoh haid anda.
... Jika anda tidak lagi datang haid (menopaus), lakukan Pemeriksaan Payudara Sendiri pada tarikh yang tetap setiap bulan contohnya pada 1hb setiap bulan.

SEMASA MEMBUAT PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA, PERUBAHAN BOLEH DIKESAN DENGAN:

1) MERASA
Guna bahagian rata tiga jari anda dan bukannya hujung jari untuk membuat pemeriksaan. Bermula dari bahagian ketiak, letakkan tangan anda ke atas ketiak dan dalam bulatan kecil bawakan tangan anda ke payudara. Akhir sekali picitkan puting anda.

2) MELIHAT
Payudara - Perubahan saiz dan bentuk payudara anda
- Ketulan pada payudara atau ketiak
- Rasa sakit atau bengkak yang berterusan

Kulit - Lekuk pada kulit
- Perubahan warna kulit

Puting - Perubahan pada puting
- Pendarahan atau lelehan

PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA BOLEH DIBUAT PADA 2 POSISI:-

3) BERDIRI
Di hadapan cermin, pusing perlahan-lahan ke kiri dan kanan dan perhatikan perubahan semasa: - Kedua-dua tangan di sisi
- Tangan diangkatkan dan diletakkan di atas kepala
- Akhir sekali, semasa tangan dicekakkan di pinggang,
kecutkan otot dada anda

4) BARING
Letakkan bantal kecil di bawah bahu kanan anda dan letakkan tangan kanan anda di bawah kepala. Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara sebelah kanan anda. Ulangi cara ini disebelah kiri.

SEKIRANYA ANDA MENGESAN SEBARANG PERUBAHAN YANG LUARBIASA, BERJUMPALAH DENGAN DOKTOR SEGERA!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...