Tuesday, January 14, 2014

SeLaMaT MeNYaMBuT HaRi KeLaHiRaN Ya MUHAMMAD BIN 'ABDULLAH




ASSALAMUALAIKUM

 Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan kelahiran kekasih ALLAH sekali lagi.
SIAPA MUHAMMAD BIN 'ABDULLAH???
mari kita lihat biodata yer..
siapa dia nih yang spesel sangat sampai semua orang menyambut yer..


12 Jan 2014 / 11 Rabi'ul Awwal 1435H / Maulidur Rasul / Jom kenali kekasih Allah insyaAllah


1. Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahungajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Mekah)

3. Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al- Mukarramah

4. Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman, Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

9. Isteri-Isteri Rasulullah :
[1] Khadijah bt Khuwailid.
[2] Aisyah bt Abu Bakar.
[3] Hafsah bt Umar.
[4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
[5] Hindun bt Umaiyah.
[6] Saudah bt Zam'ah
[7] Zainab bt Jahsy.
[8] Zainab bt Khuzaimah
[9] Maimunah bt Harith.
[10] Safiyah bt Huyai.


10. Anak-Anak Rasulullah :
(1) Qassim
(2) Abdullah
(3) Ibrahim
(4) Zainab
(5) Ruqaiyah
(6) Ummi Kalthum
(7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)
SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H . ✅
Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...