Sunday, January 20, 2013

KoMeN2 MPP2 IPT SeLuRuH MaLaYSia JaWaB iSu LiSTeN


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader,

ni adalah respon dari pembesar2 pemimpin pelajar...haha..yang berebut2 meluahkan pendapat memasing berkenaan isu LISTEN nih..



1) Nur Afifah Abd. Rahim, Naib Presiden PMUKM

"Saya kesal dengan tindakan memperlekeh keberanian seorang siswi untuk berkata-kata. Saudari Bawani tidak sewajarnya diaibkan di hadapan khalayak sementelah dia memberi pendapat dengan wadah yang disediakan sendiri oleh program terbabit.
Sebagai seorang yang lebih berpendidikan, saudari Sharifah seharusnya bersikap profesional dan memberi respon yang positif dan menyambut baik pandangan dari mahasiswa/i".

Terbaik! We need more students like her and Bawani.


2) Ahmad Fathi Salleh, Naib presiden 1 SRC IIUM

" The tertiary education we receive is meant to mold us into individual whouphold the ideas of intelectualism critical thinking as well as refined manners. 
to our utter dismay, Bawani's opinions reciprocated with the hostile (although indirectly) disposition which did not portray the culture of tolerance and open mindedness. instead, it reflected a shallow judgement of a supposedly respectful figure.
we firmly with Bawani KS at utmost level for her courage in standing up for what she believes. it is for speaker to apologize to us university students in general  for degrading our rationale and intellect."
" RESPECT IS NOT GIVEN, IT IS EARNED"

3) Sakinah Omar, NYDP PMI USM

" Diskusi tidak pernah menyekat suara mahasiswa/i. Deretan fakta tidak seharusnya dijawab dengan analogi haiwan dan manusia. Perbezaan umur tidak bermakna seorang mahasiswi yang bersuara di khalayak itu tidak mengihormati . Usah sekat suara anak muda kini. Kami mahasiswa/i agen perubahan, bakal pemimpin generasi masa hadapan."





3) MUHAMMAD ‘AMMAR BIN MOHD AZIZ, YDP MPP USM




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Saya yakin majoriti daripada rakan-rakan saya sedia maklum dengan isu video “Listen” yang sedang hangat diperkatakan. Justeru, saya terus pada pandangan dan saranan saya mengenai isu ini.
Secara asasnya kandungan video berdurasi lebih kurang 19 minit 56 saat lebih tertumpu pada beberapa perkara. Pertama ialah merujuk pada soalan Saudari Bawani mengenai pendidikan percuma. Kemudian, tatacara semasa melontarkan soalan yang dilihat agak kurang sopan dengan menjerit-jerit. Selepas itu, tindakan moderator forum Saudari Sharifah Zohrah yang menarik mikrofon daripada Saudari Bawani yang dilihat sebagai kurang profesional dalam sebuah forum. Dan akhir sekali, perbandingan darjat pendidikan dan sikap hormat-menghormati antara dua pihak oleh moderator sendiri.
Pada hemat saya, mengapa isu ini semakin kerap, hebat dijulang, dipertikaikan sehingga menimbulkan pertikaian antara fakta sehingga menyebabkan pertelingkahan di akhirnya? Sebagai modal insan yang arif dan pandai menilai sendiri, sudah pasti ada yang akan menyatakan pendirian bahawa kedua-dua pihak ada salah masing-masing. Ada juga yang memenangkan satu pihak sahaja. Namun, bagi saya, kedua-dua pihak ada kesilapan yang telah dibuat.
Cukup, tinggalkan video tersebut. Maka, saya ingin menyeru rakan-rakan di luar sana untuk turut memandang pada isu-isu yang “tenggelam” sebentar dek isu ini. Di mana pula letaknya isu penggunaan kalimah Allah? Ataupun semangat kita ke arah aktiviti kemanusiaan di Gaza, Syiria dan sebagainya?
Apa kata, berhenti pandai menaip di alam maya untuk kita sama-sama sertai aktiviti kesukarelaan yang akan menjadi tumpuan pada 2013. Bukan niat untuk mengalih isu, namun lebih baik kiranya kita bersatu demi masa hadapan. Kurangkan jurang dek perbezaan pemahaman, marilah kita bersatu dan bukannya sibuk dengan hal-hal seperti ini. Jika ditanya, “Sampai bilakah isu ini akan berlarutan? Tiga hari? Seminggu?” Pasti tak terjawab kerana polemiknya akan berterusan selagi kita terus begini.
“Cukuplah menaip di alam maya, taburkan budi di alam nyata kepada mereka yang memerlukan”



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...