Thursday, September 8, 2011

KaReKToR meLaLui BuLaN iSLaM


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz and readerzz

kalu sebelum ni, dila post entri tentang karektor 
melalui kalendar english version
(orang puteh punyer)
kali ni dila ambil pendekatan 
melalui bulan2 islam
ingat tak bulan2 islam kawan2???

ish..ish..ish
bulan islam pun kena ingat taw...
jom reverse...


HIJRAH
- dia mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap peribadi
- memiliki kepintaran dalam pelbagai perkara

MUHARRAM
- bersifat pendiam, sihat fikirannya
- mungkin menjadi lemah jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya
- dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu dilindungi

SAFAR
- tabiatnya agak kurang baik
- dia tidak suka mengakui kesalahannya.
- ibubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari.
- walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
- perwatakannya baik
- mungkin dia orang yang berpengaruh
- dalam pekerjaan, ramai yang suka
- namun, sifat negatif dirinya adalah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah

RABIULAKHIR
- hatinya tidak tetap
- fikiran dan kemahuannya agak lemah
- agak kasar wataknya dan mudah mengangkat tangannya
- kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu

JAMADIL AWAL
- dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi
- dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu di luar jangkaan
- walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu menunjukkan hasil usahanya

JAMADIL AKHIR
- wataknya berani dan menghormati orang lain
- dia juga seorang yang bijaksana
- apabila dia tahu bahawa dia salah or keliru maka dia mudah mengakuinya, tetapi apabila dia tahu dia benar, pendiriannya keras an tiak mudah mengalah

REJAB
- semasa kecilnya, dia degil dan nakal
- ibu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai2 yg baik
- ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu
- ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil
- walaubagaimanapun, hidupnya selamat dan sentosa

SYA'ABAN
- perwatakannya baik
- hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus
- sewaktu kecilnya, dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan
- kelakuannya baik, bebudi bahasa hingga semua orang sayang padanya
- masa dewasanya, dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki

RAMADHAN
- dia baik, pendiam, suka merendah diri
-dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya
- dia tidak suka menonjolkan dirinya
- kehidupannya selalu selamat

SYAWAL
- perwatakannya keras dan tidak suka dikalahkan oleh orang lain
- hal in membahayakan hidupnya, ibu bapanya perlu mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya
- jika tidak, kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya hal mencari rezeki

ZULKAEDAH
- perwatakan pendiam
- banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk
- dia banyak berfikir kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya
- tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya menjadi keliru
- dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan

ZULHIJJAH
- dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya
- oleh kerana itu, dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya
- dia sering kali menyesal kerana kurang berhai-hati dan kurang pertimbangan



actually, perkara di atas hanya sekadar hiburan
tidak digalakkan la nak percaya 100%
heheee...
sekadar mengisi ruang..
yang penting kita percaya pada diri sendiri dan pasangan kita


hah...dila siap bagi dalam bentuk video lagi
usaha untuk kawan2 semua refresh balik...=)



tak rugi kalu kita mengingat balik
walaupun nampak kebudak-budakan
tapi dila suka yang nampak comel2 nih..=)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...