Monday, September 19, 2011

KeuNiKaN TanDaTaNGaN

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz sekalian

kali ni apa la pulak entri dila ye...
TANDATANGAN???
unik ke???
cam tak caye je...
(tak caye sudah)

kalau nak taw kawan2
tandatangan ni lambang keperibadian seseorang...


dulu2...masa kita baru nak meningkat remaja...
masing-masing sibuk nak try reka signature memasing
ada yang senget la..melebar la..memanjang la...
macam2 jenis..
ada tuh setiap sebulan...
mesti bertukar-tukar tandatangan dia...
almaklum laa..
masih mencari-cari identiti masa tuh

sebenar yer penting ke tak tandatangan ni...
jawapannya....
tepuk dada tanya selera
ada sesetengah orang itu menganggap
ia tidak memberi sebarang makna
ada yang tidak begitu serius mengenainya dan cukup sekadar syarat


kenapa tandatangan penting??
- sebagai pengesahan identiti dalam setiap dokumen & surat yang dikeluarkan
- bersandarkan pada niat dan tujuan dokumen atau surat itu dikeluarkan...

ooo...jadi tandatangan ni simbol identiti laa...
(ye... betul tu anak2 sekalian)

1) satu garisan di bawah
- seorang yang yakin dan mempunyai personaliti hebat tetapi agak pentingkan diri sendiri.

2) satu titik di bawah
- seorang yang simple dan tenang tapi senang hilang kepercayaan apabila dikhianati.

3) dua titik di bawah
- seorang yang romantik tapi mudah bertukar pasangan serta lebih memilih kecantikan dan mudah menarik perhatian orang lain.

4) tanpa garisan & titik di bawah
- seorang yang seronok dengan kehidupan mengikut cara sendiri tetapi kurang memberikan perhatian pada pandangan orang.

5) tiada kaitan dengan nama
- seorang yang sentiasa berusaha kelihatan bijak dan yakin dengan kebolehan diri sendiri tetapi suka berselindung dan tidak mengambil pandangan orang lain.

6) berkaitan ejaan nama tapi sukar dibaca
- seorang yang kreatif dan cerdik tapi malas berfikir panjang serta mudah menukar pandangan atau idea.

7) huruf tidak bersambung
- seorang yang suka berfikir, sangat mengambil berat, tidak pentingkan diri sendiri, sanggup berkorban apa sahaja untuk orang lain, tapi cepat mengalah dan mudah serik.

8) mengikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
- seorang yang baik hati, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa jua keadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi.

mmm...macam mana kawan2..
ada tak antaranya identiti anda semua...
heheee....

apa-apa pun...kenali diri anda dulu
sebelum anda mahu mengenali peribadi orang lain...=)



2 comments:

arituarini said... [Reply to comment]

tnda tgn sy cakap ayam je..

adila idayu said... [Reply to comment]

cakap???

xpe...itulah seni org kate...heheee...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...