Friday, November 4, 2011

SaLaM AiDiLaDHa BuaT SeMuA



ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz sekalian

kali ni dila nak ajak anda semua
aik...nak ajak g mana ni???

jom kita ke event bawah ni..
jeng..
jeng..
jeng..



" Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Diriwayat oleh Muslim)..." Mari tingkatkan amalan dan memanfaatkan hari esok dgn B.E.R.P.U.A.S.A...


Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.;“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah.
 Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim)

Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. 
Di kesempatan ini juga...
dila ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...

2 comments:

Ummi_R❀salici❀us said... [Reply to comment]

salam...
selamat hari raya dila...
happy holiday jgk :DD

adila idayu said... [Reply to comment]

salam aidiladha ye ummi...

hepi oliday... n ingt blk kampus taw...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...