ASSALAMUALAIKUM
hai blogger dan reader
Nisfu Sya'ban biasanya dimaksudkan 15 Sya'ban
Malam nisfu Sya'ban pula adalah malam 15 Sya'ban
(14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 ya).
"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
[ Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]
[ Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]
Di Malam Nishfu Sya'ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:
"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."
Malam Nishfu Sya'ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
Bahawa para tabi'in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.
Menghidupkan Malam Nisfu Sya'ban dengan dua cara:
* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya'ban dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi'in itu.
"Di kesempatan ini, dila nak memohon kemaafan sekiranya ada tersilap salah andai tersalah bahasa yang memedihkan sesiapa...doakan dila dipermudahkan segala urusan dan mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat kelak..sesungguhnya setiap orang berhak untuk bahagia...amin..."
Jom kita ambil peluang ini untuk sama-sama beramal pada malam ini...
ajak teman-teman kita yang lain ya..
mudah-mudahan ia menjadi bekalan perjalanan kita di dunia dan di akhirat nanti... ^_^
0 comments:
Post a Comment