Tuesday, August 28, 2012

aGaK2 SuaMi PiLiH iSTeRi or aNaK???


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

mmm...pe cite yer dengan tajuk entri dila kali ini
tetibe je suami, isteri dan anak nih
hahahaaa
nak di jadikan cerite laaa...
korek2 draft terjumpe nih...
dah lama dengar cite ni tapi lupa nak post...
so. dila pun share la balik...
memandangkan musim perayaan & cuti2 ni banyak majlis kahwin kan
ramai yang mendirikan rumah tangga...
SELAMAT PENGANTIN BARU
so pe kata kita baca cite kat bawah...



jom share....


Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital,gelisah akan
keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa
jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang
doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari
ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?"
tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha,
keadaannya amat kritikal. Si ibusudah
tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada
harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau
menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak
dapat berkata-kata. ......

"Maaf encik, setiap saat amat
berharga, tolong cepat untuk membuat
pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu,
"Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.
Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah
berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan
dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh
mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha
menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan
si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan
terakhir dan muktamat.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa,
doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal".Manusia yang
lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus
mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si
anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa
mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan
mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya.

Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk
neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci.
Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang
bayi akan masuk neraka.

Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan
dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan
ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat
terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci.

Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh
tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.
Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan
agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap
ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal
menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.

1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah,
 atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah,
 atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan
melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.


Kesimpulannya
 perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu
dengan majlis2 ILMU. Mudah2an selamat kita
semua di dunia & di akhirat. Amiin.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...