Saturday, October 12, 2013

SeKiRaNYa aNDa DaLaM DiLeMa???


ASSALAMUALAIKUM


hai bloggerzz dan readerzz sekalian

apa yang anda akan lakukan???
DILEMA??? KELIRU???



setiap orang akan menghadapi berbagai perasaan dalam kehidupan mereka..
Manusia sering saja keliru dalam memilih jalan hidup yang boleh membahagiakan mereka supaya dalam keadaan selesa. Manusia sering keliru antara kebenaran dan kepalsuan, antara keseronokan dan kebahagiaan, antara hak dan tanggungjawab, antara pengorbanan serta berbagai kekeliruan yang menjadi pengantara manusia kepada kekecewaan dan putus asa. Sedangkan kesemuanya itu terlalu berbeza seperti berjalan dalam kegelapan walaupun disuluh cahaya yang terang dan seperti bergerak secara diam. Perbezaan yang tidak pernah ada pertembungan dan juga penyelesaian. Jadi dari manakah datangnya segala kekeliruan ini? 

Mungkin mereka terlalu sibuk untuk duduk dan merenung seketika jalan mana yang harus mereka pilih. Atau mungkin mereka sengaja menyibukkan diri untuk itu. Apa yang sebenarnya mereka sibukkan ? Bukankah semua kita mencari cahaya kebahagiaan namun kenapa kegelapan yang datang menyelubungi kita ? Bukankah kita mencari kebenaran tapi kenapa kepalsuan pula yang menguasai diri kita dan menentukan gerak laku kita ?

Mungkinkah kita kehilangan panduan untuk mendapatkan itu semua ? Panduan yang benar-benar dapat memimpin kita kepada apa yang sebenarnya kita cari. Sememangnya manusia itu makhluk yang unik dan kompleks. Sukar untuk kita memahami walaupun diri kita sendiri. 

Mungkinkah ada yang lebih memahami manusia daripada manusia itu sendiri; yang lebih mengetahui selok belok hati manusia, kecenderungan jiwanya, kelemahan dan kekuatan dirinya bahkan apa sebenar mahunya manusia itu? Mungkin persoalan ini nampaknya seperti tidak masuk aqal terutamanya di zaman sains dan teknologi.... zaman robotik ini.



apa yang bermain di benak fikiran anda sekarang???
satu kepuasan tu memerlukan satu pengorbanan yang besar dalam diri
untuk mencapai tahap pengorbanan yang sebenar
amat payah...
banyak benda terpaksa dilepaskan dan dilupakan





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...