Friday, December 27, 2013
♥8 tips untuk menjaga payudara anda
ASSALAMUALAIKUM
bukan tujuan untuk berlucah ke apa..cuma sekadar perkongsian dengan semua wanita2 di luar sana..
✔ PERIKSA PAYUDARA
Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid payudara anda masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa dengan doktor.
✔ JAUHI PEMBEDAHAN
Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukan anda digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri.
✔ KESIHATAN PAYUDARA
Bagi mendapatkan bentuk payudara ynag menawan, anda digalakkan untuk membuat beberapa senaman bagi menguatkan otot pektoral dan yoga. Senaman ini dapat memberi kepuasan kepada anda kerana ia akan menjadikan payudara anda cantik, montok dan menawan. Di sini ada beberapa cara untuk menguatkan otot pektoral :
♦ Senaman biasa♦
-tekan kedua telapak tangan ke dinding sambil anda memandang ke atas.
-anda diminta untuk menahan beberapa minit dan lepaskan secara perlahan.
-posisi ini haruslah diulang beberapa kali dan ia boleh dilakukan di dalam bilik mandi.
-lakukan mengangkat dan menurunkan bahu secara berulang-ulang untuk memperkuatkan otot payudara anda.
♦Yoga♦
-untuk melakukan senaman secara yoga anda perlu menenangkan fikiran dahulu sambil menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.
-kedua lengan didepakan separas bahu dan gerakan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.
-berhenti lima saat dan sambung semula dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri ke atas
-lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.
✔ SENTUHAN LEMBUT
Percaya atau tidak sebenarnya minyak aromaterapi boleh digunakan untuk mengurut serta menganjalkan payudara. Sentuhan yang lembut dan urutan yang sempurna akan dapat memberi ransangan kepada saluran darah di payudara anda. Cara urutan yang disyorkan kepada anda adalah dengan mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam mengikut aliran payudara anda. Jika dibandingkan dengan penggunaan masker dank rim, cara menggunakan minyak aromaterapi lebih efektif kerana ia akan memudahkan urutan dan minyak akan lebih cepat menyerap ke dalam saluran.
✔ MENJAGA KEBERSIHAN PAYUDARA
Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik. Apabila anda melakukan pemeriksaan, anda haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak. Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian putting dan arela supaya ia tidak kering serta kulit tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan minyak zaitun juga boleh dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang melekat di bahagian puting.
✔ GUNA BAJU DALAM YANG SESUAI
Apabila anda memilih baju dalam, anda haruslah memilih mengikut kesesuaian anda. Contohnya memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu anda, haruslah sesuai mengikut situasi tersebut. Ini kerana untuk memastikan payudara berada di dalam keadaan yang betul.
✔ PENYUSUAN
Ketika menyusukan bayi, anda haruslah meletakkan bayi di dalam posisi yang betul agar bayi anda tidak menarik payudara anda. Di dalam proses penyusuan berlaku, terdapat masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita yang dipanggil bengkak susu. Masalah ini dapat diatasi dengan cara memerah susu secara lembut untuk mengurangkan kesakitan atau dengan cara menuam payudara menggunakan air suam.
Anda juga perlu tahu, dengan menyusukan anak ia dapat membantu mengecutkan rahim dengan cepat kepada asal dan menghindarkan daripada terkena penyakit barah yang ditakuti oleh wanita di dunia ini.
✔ JANGAN RAMAS PAYUDARA ANDA
Anda dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan kelamin, ini kerana ia boleh membuatkan payudara anda lebih cepat kendur daripada biasa. Jadi anda harus mengingatkan pasangan tentang perkara ini
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment