ASSALAMUALAIKUM
perhatiannnn...
musim cuti sekolah bermula jadi musim jemputan kawen juga bertandang sama...musim orang kawen...
Lafaz
merupakan suatu kata-kata yang diucapkan oleh seseorang bagi menyampaikan
maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan
penting bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati
atas apa yang diucapkan. Masa kini yakni zaman serba moden, lafaz-lafaz
akujanji dan pengakuan makin ditinggalkan serta tidak dipedulikan. Lalu ia
tidak memberikan kesan dan impak dalam hati seseorang yang berkahwin. Mari kita
lihat dan baca antara lafaz yang baik untuk suatu majlis akad nikah.
1.
LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA
OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH)
Pengantin
lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan membaca:
“Adalah
saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama
pengantin perempuan) yang
telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai
mas kahwin) tunai.
Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai
suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak
bercanggah dengan hukum Islam..”
Kemudian
dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca
‘Basmalah’ dan doa berikut:
“Ya
Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan
padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang
Engkau ciptakan padanya.”
2.
LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA
OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
Setelah
selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa
di dalam hati:
“Ya
Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di
dunia dan akhirat..”
Kemudian
barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin:
“Adalah
saya (nama pengantin perempuan),
isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas
kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh
perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan
mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk
ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat
restu dan redha dari Allah s.w.t..”
3.
PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA
OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
Dilakukan
oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah
pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut :
“Adalah
saya (nama wali pengantin perempuan),
wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab
nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam
kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga
diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu
serta zuriat keturunan kamu. Amin..”
4.
PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA
OLEH IBU KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
“Anakku (nama
pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan
dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu.
Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu
seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk
melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah
dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang
mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan
ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku
terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah
Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan,
ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas
segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu..”
5.
TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA
OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
“Wahai
ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan
berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum
saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala
cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang
yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan
kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”
Kemudian
salam dan cium tangan ibu ayah.
6.
LAFAZ PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA
OLEH PENGANTIN LELAKI)
“Dengan
ini saya (nama pengantin lelaki),
suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah di atas
anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada
semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu,
mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama
pengantin perempuan)dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya
untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :
1
.Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.
2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.
Saya
mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang supaya mendapat jodoh yang baik dan boleh membimbing saya.Aminnn..
0 comments:
Post a Comment