ASSALAMUALAIKUM
hai bloggerzz n readerzz...
sesungguhnya kita telah masuk minggu yang hari2 terakhir Ramadan
ada yang sedih n tak kurang juga yang gembira...
gembira sebab apa???
sebab nak raya laa...
sedih pulak???
anda fikir2 la sendiri
Rasulullah saw berdoa:
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar)"
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil (Syam'un) yang berjihad selama 1000 bulan itu.
Waktu Sebenar Malam Lailatul QadarAda satu dua perkara yang terkesan di hati saya untuk berkongsi dengan anda semua tentang mitos-mitos yang seringkali kita dengar di kalangan orang Melayu. Saya rasa anda mesti pernah dengar atau pernah baca tentang hal ini.
* dila tak tahu sejauh mana tahap kebenarannya..dah namanya mitos kan..
- Kalau puasa dimulai pada hari Ahad atau Rabu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 29 Ramadhan.
- Kalau puasa dimulai pada hari Isnin. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 21 Ramadhan.
- Kalau puasa dimulai pada hari Selasa atau Jumaat. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 27 Ramadhan.
- Kalau puasa dimulai pada hari Khamis. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 25 Ramadhan.
- Kalau puasa dimulai pada hari Sabtu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 23 Ramadhan.
orang kita memang hebat benda2 macam ni...
apa2 pun..yang pasti nya tingkatkan je la amalan
lebih2 lagi malam2 terakhir Ramadan ni...
betul tak??*
TANDA-TANDA LAILATUL QADAR
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
of coz la...dila copy paste info dari sumber lain...
so, untuk taw lebih lanjut bolehla search je dgn en.google...
maklumat sekarang kan di hujung jari je...
kalau ada kemahuan, di situ ada jalan...
“Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul – Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam Ramadan”-Hadis riwayat Iman Bukhari r.a
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini.
Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin...=)
0 comments:
Post a Comment