1
...ASSALAMUALAIKUM...
all bloggerzzz...
kali ni dila nak sambung
mengenai pengalaman dila sepanjang menjalani community service @ RKKTAF
jom check it up!!!
Dengan
melaksanakan latihan komuniti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah
merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ternyata untuk memasuki ke
institusi ini amatlah payah kerana terpaksa melalui beberapa prosedur dan
mematuhi beberapa peraturan, hal ini kerana rumah kanak-kanak ini merupakan
rumah penjagaan dan perlindungan bagi kes-kes tertentu. Pada hari pertama
sahaja iaitu apabila menjejakkan kaki ke rumah kanak-kanak itu telah dihujani
dengan soalan yang sama di mana soalannya kaitan antara tugasan ini dengan kos
yang dipilih di universiti. Jadi, saya terpaksa menerangkan apa tujuan untuk
menjalani latihan komuniti atau khidmat masyarakat ini. Walaubagaimanapun
sangat menarik berada di sini kerana kanak-kanak di sini memanggil kakitangan
dan warden mereka dengan gelaran ibu, chek, mak dan umi. Dan sudah semestinya
saya juga tidak terlepas dengan diberi panggilan itu yang tidak kira tua atau
muda.
Selepas menyelidik latar belakang
institusi, banyak perkara yang tidak terjangka mengenai institusi yang pada
pengetahuan saya hanyalah sebuah rumah yang menempatkan kanak-kanak yatim piatu
dan kurang kemampuan tetapi jangkaan saya silap. Dengan itu, saya perlu
merangka program yang bersesuaian dengan mereka. Mungkin pada awalnya mempunyai
pelbagai program yang hendak dilakukan, tetapi haruslah melihat kepada keadaan
dan masa pada waktu itu. Secara tidak langsung, saya mendekati mereka secara
perlahan-lahan supaya mereka boleh menerima saya dan senang untuk menjalankan
program.
Aktiviti yang dirancang bermula dengan
‘24hours diet recall ke atas kakitangan institusi untuk mengetahui tahap
kepekaan pada pemakanan mereka dalam sehari. Seterusnya, aktiviti disambung
dengan membuat antropometri, proses menjawab borang kekerapan pengambilan
makanan dan borang KAP. Kebetulan, latihan komuniti ini jatuh pada musim cuti
persekolahan. Oleh itu, saya dapat meluangkan lebih masa dengan mereka.
Kanak-kanak di rumah ini telah dirangka dengan pelbagai aktiviti-aktiviti
menarik sepanjang cuti sekolah bagi memenuhi waktu cuti sekolah mereka dengan
aktiviti berfaedah. Saya adalah orang yang tidak terkecuali untuk bersama-sama
menyertai aktiviti bersama-sama mereka. Antaranya ialah program khidmat masyarakat
pelajar sekolah, pertandingan mewarna serta melukis poster, kem pintar solat,
aktiviti fizikal bersama masyarakat luar, gotong royong, lawatan ke Santuary
penyu dan lawatan ke Pusat Penjagaan Gajah Kebangsaan.
ni
adalah antara ayat yang dila masukkan ke dalam report dila...
puas
perah dah nak tulis apa...
ok la ni
baru sebahagian so tunggu part 2 ok...
0 comments:
Post a Comment