ASSALAMUALAIKUM
hai bloggerzzz...
beberapa hari lepas dila dah
cite serba sedikit kan...
so, kali ni kita ikuti untuk
part 2 pulak ok....
Selain aktiviti-aktiviti
yang dinyatakan, banyak lagi aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak. Peranan
penjaga dalam menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang
telah dirancang seterusnya melancarkan perjalanan program. Penglibatan dari masyarakat luar juga banyak
menyebabkan kanak-kanak di sini tidak pernah sunyi dengan aktiviti yang
dianjurkan seperti penyertaan pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian
tinggi, pekerja institusi swasta, NGO, hotel dan anggota tentera dalam
melakukan kebajikan. Tajaan dan derma juga diberikan melalui aktiviti yang
dianjurkan.
Sebagai contoh, aktiviti kerja amal
bersama Hyatt Regency dan US Airforces. Mereka menyediakan makanan yang enak
dan aktiviti mengecat yang dilakukan oleh wakil Hyatt Regency dan US Airforces
itu. Selain itu, sebahagian dari mereka bermain futsal dan musical chair
bersama kanak-kanak. Contoh lain ialah program komuniti sempena eksesais carat.
Kali ini kanak-kanak dapat bermain sukaneka bersama-sama anggota TLDM Kuantan
seperti acara tarik tali, tiup belon,dan bermacam-macam lagi.
Selain penglibatan masyarakat luar
dengan membuat aktiviti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, kanak-kanak
juga dilibatkan juga dengan pergi melawat luar dari institusi seperti lawatan
ke Santuary Penyu Cherating oleh kanak-kanak asrama dan lawatan ke Pusat
Konservasi Gajah Kebangsaan oleh kanak-kanak tadika. Oleh itu, saya tidak
melepaskan peluang untuk turut serta bersama-sama memandangkan saya juga tidak
pernah lagi ke sana selain turut mengawal pergerakan kanak-kanak tersebut.
Sesungguhnya, mereka semua sangat seronok sepajang menyertai lawatan.
Mungkin sepanjang aktiviti, banyak
melibatkan kanak-kanak asrama sahaja iaitu dari umur 7 – 17 tahun. Bahkan
kanak-kanak tadika masih tidak dilupakan kerana mereka juga ramai antara 3 – 6
tahun. Saya juga turut serta dalam pembelajaran mereka mengikut video yang
disediakan seperti kisah-kisah nabi, bacaan ABC/123/huruf jawi dan sebagainya.
Saya turut berpeluang melawat bilik bayi yang antaranya berumur 7 hari hingga 2
tahun di mana mereka semua sangatlah comel tetapi latar belakang mereka yang
tidak mengizinkan mereka hidup seperti bayi-bayi yang lain yang penuh dengan
kasih sayang ibu bapa mereka. Kadang-kadang terhibur dengan telatah mereka yang
sangat comel.
hah..ok
tak...setakat nih dulu ye...
nanti
dila sambung tuk part 3 pulak...=)
0 comments:
Post a Comment