Saturday, July 30, 2011

GeMpAR :Mohd Ashraf Hafiz Atau Aleesha Farhana Meninggal Dunia

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz and readerzzz

naseb baik sempat bagi salam...
nape gempar???
bila dila buka blog dari pagi tadi...
kebanyaknya blogger2 update pasal berita nih...
siapakah beliau???
famous ke dia nih???
buat yang mengikuti cerita ini, mesti tahukan pasal perkara berkaitan kan...
dila pun tak tahu...
jadi turut sama menghangatkan cerita...
sekiranya betul, masyaAllah...
sekadar ingin berkongsi...=)

jadi cuba anda ikuti...


KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. 

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. 

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. 

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. 

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. 

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.-Malaysiakini 


Al-Fatihah..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...