ASSALAMUALAIKUM
hai bloggerzzz....
hari ni dila nak sambung dengan
part 3...iaitu part akhir sekali...
nanti dila update yang lain
pulak...ok...
CONTINUE...
Di samping itu, peluang
mengenali kanak-kanak ini amatlah bertuah dengan pelbagai latar belakang selain
kita dapat memperbaiki dan menghargai kehidupan kita. Bagaimanapun, mereka
sangat memberi kerjasama kepada saya walaupun ada sesetengah antara mereka ada
yang nakal. Di sebalik kenakalan mereka yang kadang-kadang mengundang tawa dan
geram, ada antara mereka yang pandai dalam akademik dan ada juga sebaliknya.
Namun, sangat sayang jika tidak digunakan kepandaian itu sebaik mungkin kerana
mereka ada potensi untuk berjaya pada masa hadapan walaupun nasib kehidupan dan
kasih sayang tidak menyebelahi mereka. Sudah semestinya perhatian dan kasih
sayang yang mereka perlukan. Peluang seperti itu bukan selalunya mereka dapat.
Dari situ, saya cuba menyelami perasaan mereka yang kadang-kadang ada yang
merendah diri dan tidak kurang juga merasa tiada orang lain yang lebih hebat
dari mereka. Ada juga antara mereka yang agak kurang sedikit dalam pelajaran,
tetapi mempunyai kelebihan dalam kemahiran lain seperti melukis, menari,
mengaji, menyanyi dan bermain bola. Hal ini yang membuatkan mereka sangatlah istimewa.
Apa yang saya boleh katakan kepada mereka ialah tiada yang mustahil bagi mereka
dan sekiranya kita dapat betul-betul menjaga dan memberi perhatian kepada
mereka tidak mustahil mereka pasti berjaya, InsyaAllah.
Perasaan bercampur baur dapat dirasai pada hari terakhir latihan komuniti di
Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah dengan bermacam-macam perasaan.
Kakitangan di situ juga sangat mesra dan baik belaka, di tambah keceriaan dan
kenakalan kanak-kanak di situ yang seperti saya kata tadi kadang-kadang
mengundang tawa dan geram. Semestinya, pengalaman ini menimbulkan seribu satu
kerinduan serta kenangan yang indah dan walaupun pada hakikatnya cuma untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan, namun 6 minggu yang sangat berharga kerana pengalaman
yang mengajar kita segala-galanya dan mungkin berguna semasa di alam pekerjaan
nanti.
begini
la cite yer...walaubagaimanapun, dila akan buat sesuatu juga untuk hiburkan
mereka...
apa
dia...tunggu..=)
0 comments:
Post a Comment