Sunday, July 31, 2011

RaMaDaN Al- MubaRaK

ASSALAMUALAIKUM

Hai bloggerzzz and readerzzz

diam tak diam dah masuk bulan Ramadan balik
secara tak langsung 
tadi ramai la umat islam berpusu-pusu ke Masjid
untuk menunaikan solat terawih pertama
untuk tahun 1432H ini


dila pun rasa Ramadan kali ini istimewa sekali
ye la biasa yer xsempat pun puasa hari pertama 
dan solat terawih kat rumah dan masjid dekat rumah...
dah beberapa tahun dah...
tapi tahun ni lain sebab memang dah ada kat rumah...
takyah la pening2 kepala nak fikir pasal tiket raya...
heheee....

ok la...buat mereka yang terlupa niat puasa 
boleh follow kat bawah ye...

Lafaz niat sebulan: نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
 Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala

nak ikut niat edisi Upin Ipin pun boleh


TIP UNTUK KEKAL CERGAS KETIKA BERPUASA

di sini dila nak kongsi sedikit tips la untuk semua
jom share...

1) perlu memaksimumkan simpanan glikogen
dengan melewatkan sahur, kerana glukos daripada sumber karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
2) Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat dihadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.
3) Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur.
Makanan-makanan ini mengandungi gula dan refined karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera. yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.
4) Kurangkan makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati.
5) Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. 
- Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.
6) Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. 
- Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.
7) Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.
8) Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan anda lebih kerap membuang air, dan mempercepatkan kehilangan cecair.
9) Sebaiknya, minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. 
- Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.

oleh itu, selamat beramal ye semua...
semoga Ramadan kali ini lebih bermakna
dan memberi seribu kali manfaat..




★ *˚ .ღ 。


/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚

Saturday, July 30, 2011

Mega Giveaway by Yana & Cik Putih


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz and readerzzz
lagi-lagi GA..
joim kita serap semua GA ang contest...
untung2 boleh buat hadiah raya..
heheee..

kali ni pulak GA cik Yana dan Cik Putih...



Nak Join? Ikut syarat-syarat dibawah..
1) Follow blog Yana dan juga Cik Putih
2) Buat entry "Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"
3) Copy banner diatas dan linkkan ke entry ini
4) Tag 3 orang rakan korang. Make sure tahu pasal Giveaway ni
5) Like fan page Yana & Cik Putih *kalao sudi ye*
6) WAJIB tinggal link entry korang di ruang komen
7) Copy senarai sponsor dan pastikan ada dalam entry korang

Senarai Sponsor :

  • Scarf Sweethoney
  • Wirda Azurainie.
  • Droplet House *semua peserta tlg LIKE di ALBUM ni*
  • Lens Mania
  • Ayu-Raudhah Shawlstore
  • Nora Nabella
  • Applepinkbow
  • Syafeika Edora
  • pixel mania
  • Wan Hazel
  • Momo Chan Collection
  • NHL Colloection
  • Kei Seinchi
  • Sya Razali
  • Aimi Craft
  • Habibi Hamid
  • Shawl Az
  • Imann Abdul
  • Aan Boutique
  • KZ Nabihah Boutique
  • Ciktiqz Adamaya
  • Tri Fa
  • Kittyshawls
nak tahu lebih lanjut boleh la visit blog cik Yana N cik Putih


kali ni nak tag:

ummi nabila
cik lynn
cik mimot

GIVEAWAY EDY : STILL BEAUTY...

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz and readerzzz

kali ni dila nak join GA encik the beauty in ugly
sebab apa dila join...
dila nak bear angry bird tuh...
heheehee...

bak kata owner blog tuh:
GiveAway kali ni tak perlu nak kreatif2, tak perlu nak buat2 slogan, tak perlu tepek2 gambar, tak perlu nak pening2 kepala buat ayat gempak2...






Just follow this simple steps :
1. Buat entry bertajuk "GiveAway EdY : still beauty"... dan paste banner contest dalam entry tu

2. Make sure kat entry korang ada link ke blog  
http://danielzaidi.blogspot.com/
http://edyzaiditravel.blogspot.com/

3. Follow kedua2 blog di atas tadi...

4. Tag at least seorang blogger lain dan make sure dieorg tahu...

5. Tinggalkan link korang kat bahagian comment entry ni...

Tarikh tutup penyertaan pada 11.59 malam, 7 Ogos 2011


Hadiah2 yang bakal menanti anda

Tempat pertama : 2 x Patung Angry Bird

Tempat kedua : 3 x Handphone Stand Angry Bird


Tempat ketiga : 5 x Patung Comel dari Australia


nak tag:
ummi nabila
cik lynn



GeMpAR :Mohd Ashraf Hafiz Atau Aleesha Farhana Meninggal Dunia

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz and readerzzz

naseb baik sempat bagi salam...
nape gempar???
bila dila buka blog dari pagi tadi...
kebanyaknya blogger2 update pasal berita nih...
siapakah beliau???
famous ke dia nih???
buat yang mengikuti cerita ini, mesti tahukan pasal perkara berkaitan kan...
dila pun tak tahu...
jadi turut sama menghangatkan cerita...
sekiranya betul, masyaAllah...
sekadar ingin berkongsi...=)

jadi cuba anda ikuti...


KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. 

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. 

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. 

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. 

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'. 

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.-Malaysiakini 


Al-Fatihah..

Friday, July 29, 2011

TeRKaM...BaHaM...JiNaK

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz and all readerzz....
dah tentu nyer dengan topik yang masih diperkatakan...
PERLAWANAN BOLA SEPAK TIMBAL BALIK PIALA DUNIA 2014
semalam yang menyaksikan pasukan MALAYSIA vs Singapura...
dah semestinya bangga sebagai anak Malaysia
buatan Malaysia 100%
macam term terbit dari topik ini...
seakan-akan satu fenomena...
menyaksikan kebangkitan semula persatuan bola sepak Malaysia

sudah pastinya juga menjadi perbualan hangat bagi seluruh rakyat Malaysia pada hari ini
di dada akhbar tempatan, facebook, twitter dan blog..
sesak dengan komen2 mereka selepas perlawanan
walaupun nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia, 
tetapi dila anggap Malaysia menang semalam
jelas terpancar kekecawaan pada wajah pemain2 Malaysia
*menang apa*
menang sorak...
bagi dila pun sangat terharu apatah lagi perasaan para pemain kan...
memang dahsyat sokongan padu dari rakyat Malaysia..
hampir 90000 penonton menyaksikan perlawanan tersebut
tidak dicampur lagi dengan penonton di rumah dan kedai-kedai makan...
lagi terharu apabila lagu NEGARAKU berkumandang dan semua menyanyikannya...

tak percaya...
tengok bawah nih...



apa2 pun diharap dapat kekalkan semangat cintakan tanah air 
macam ni sampai bila2...
diharap ramai2 macam ni juga lah berpusu-pusu ke masjid menunaikan terawih 
sebab bulan Ramadan  kan tinggal beberapa hari je lagi...
nanti dila kongsikan pengisian Ramadan ni dalam entri yang lain ok...

sambung balik...
sudah pastinya yang menjadi tumpuan pada perlawanan semalam
ialah
Khairul Fahmi Che Mat (Apek)

penjaga gol Malaysia semalam yang menampilkan persembahan paling cemerlang semalam
dengan menyelamatkan gawang Malaysia sebanyak beberapa kali...
apa yang dapat dila kata di sini cuma 1
TERBAIKKK....
bagi sesiapa yang menyaksikan nyata bersetuju dengan pendapat ini...

seorang lagi memang sentiasa mempamerkan persembahan cemerlang 
ialah
S. Kunalan
pemain yang sangat lincah...
permainan yang sangat menarik...

dalam pada ini..
tidak dinafikan kaum wanita juga telah terarah kepada sukan ini...
sampai ada yang jadi peminat setia...
apakah faktor nya ye???
cuba fikir-fikirkan...
seorang nenek yang mengatakan mengapa berebut2 bola yang sebijik tuh pun
telah pandai mengatakan tentang BOLA...
betapa hebatnya fenomena nih...
ada juga usahawan wanita yang membuka 
THE RED WARRIOR STATION..
anda cari lah ye siapa dia...

itu sahaja setakat nih...
beberapa hari lagi nak masuk bulan Ramadan
nanti kongsikan banyak cerita menarik ok...=)


Thursday, July 28, 2011

GiveAway : "One Klik One Present by Lyssasecret


ASSALAMULAIKUM

hai bloggerzz and readerzz
ni adalah GA yg 1st untuk blog nih...
lepas ni dila akan transfer ke blog ni ok...




HADIAH - HADIAH UTAMA :
Tempat Pertama - RM 50
Tempat Kedua - RM 30
 Tempat Ketiga - RM 20

HADIAH SAGUHATI :
5 Orang akan Mendapat Wang Berjumlah RM 10 seorang.

Tarikh Tutup Penyertaan :30 JULAI 2011
untuk maklumat lanjut: http://www.lyssasecret.com/
untuk perhatian:
cik lynn
aii-shaa
fatin sakura
mszt
kedondonglikat

SaNa SiNi

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz and readerzzz
entri hari ini saja2 nak hangatkan hari khamis...
SANA SINI HARI INI..
rata-rata semua nyer menceritakan perihal bola sepak...
dari semua newspaper sampai lah ke entri blogger2 kita....
al maklum lah isu hangat...
sampai atlet sukan pun ada gosip nya tersendiri....
gosip2 jugak jangan sampai hilang fokus dan konsentrasi cukuplah...
apa-apa pun berbalik semula pada matlamat...

dila taknak penuhkan entri dila dengan isu nih...
sebab penuh dah isu2 nih blogger2 lain yang dah cover kan...
nanti dila update lagi la ye...
bila baca paper je mesti banyak kes bunuh2...
apa nak jadi ngan dunia nih...
bertaubat la sempena bulan mulia yang akan datang nih...
apa2 pun bukan je pembunuh manusia je mendapat hukuman tapi pembunuh makhluk Allah yang lain pun dapat hukuman dunia kan...
contohnya pembunuh kucing yang tersebar luas ke laman sosial facebook tak lama dulu...
geram juga la masa 1st tengok video tuh sampai meleleh juga la air mata...
sampai hati dia buat macam tuh biar pun tak suka sekalipun...
halau je laa takyah la pukul sampai mati....
akhirnya dia dapat hukuman dunia baru...



apa2 pun hope u all enjoy...=)

Wednesday, July 27, 2011

PeMuTiHaN


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz
kali ni dila bukan yer nak buat iklan or apa2 kan...
dila cuma nak kongsi sikit laa...

refer pada title kan....
dila bukan nak jadi promoter produk pemutihan kulit atau apa pun...
tadi pasal pemutihan lain....
mungkin ada yang mengikuti dan mugkin juga yang tidak
tapi hal ini penting untuk mereka2 yang mempunyai pekerja...
terutamanya PEKERJA ASING...
* laaa...dila nih...ingatkan apa la tadi*
mungkin ada yang memandang remeh 
tapi adakah anda sedar betapa ramainya pekerja asing kat negara kita...
ye la...dila saja je nak bangkitkan topik nih kan..
lagi pun nak promote supaya para majikan yang masih tidak mendaftar pekerja asing mereka supaya mendaftar semasa program pemutihan ini masih berlangsung...
take note ye semua majikan yang program ni akan tamat pada 31 Julai nih...
pergi lah mendaftar pekerja asing anda kepada kaunter pejabat Imigresen dibuka sampai 10 malam setiap hari (kalau tak salah dila, kalau salah betulkan) sampai hujung bulan nih laa...
sebab apa dila berani cakap...nak tahu sebab apa...
abah dila adalah salah seorang nyer yang bekerja kuat untuk program pemutihan nih sampai kena overtime lagi...
sabtu n ahad pun kerja...
Sabtu hari tu masa dila hantar abah dila pergi kerja kat pejabat dia...
punya la ramai warga asing yang nak mendaftar...
sampai ada yang naik lori...
tu dia rakan2 semua betapa ramainya warga asing kat negara kita...

nak dijadikan cerita
masa dila study kat negeri sembilan dulu laa...
dah macam duduk kat oversea je...
kiri kanan warga asing...
apa nak buat kan...

Monday, July 25, 2011

AKTiViTi : CaTaTaN PeNGaLaMaNKu part 3


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz....
hari ni dila nak sambung dengan part 3...iaitu part akhir sekali...
nanti dila update yang lain pulak...ok...

CONTINUE...


                 Di samping itu, peluang mengenali kanak-kanak ini amatlah bertuah dengan pelbagai latar belakang selain kita dapat memperbaiki dan menghargai kehidupan kita. Bagaimanapun, mereka sangat memberi kerjasama kepada saya walaupun ada sesetengah antara mereka ada yang nakal. Di sebalik kenakalan mereka yang kadang-kadang mengundang tawa dan geram, ada antara mereka yang pandai dalam akademik dan ada juga sebaliknya. Namun, sangat sayang jika tidak digunakan kepandaian itu sebaik mungkin kerana mereka ada potensi untuk berjaya pada masa hadapan walaupun nasib kehidupan dan kasih sayang tidak menyebelahi mereka. Sudah semestinya perhatian dan kasih sayang yang mereka perlukan. Peluang seperti itu bukan selalunya mereka dapat. Dari situ, saya cuba menyelami perasaan mereka yang kadang-kadang ada yang merendah diri dan tidak kurang juga merasa tiada orang lain yang lebih hebat dari mereka. Ada juga antara mereka yang agak kurang sedikit dalam pelajaran, tetapi mempunyai kelebihan dalam kemahiran lain seperti melukis, menari, mengaji, menyanyi dan bermain bola. Hal ini yang membuatkan mereka sangatlah istimewa. Apa yang saya boleh katakan kepada mereka ialah tiada yang mustahil bagi mereka dan sekiranya kita dapat betul-betul menjaga dan memberi perhatian kepada mereka tidak mustahil mereka pasti berjaya, InsyaAllah.
                 Perasaan bercampur baur dapat dirasai pada hari terakhir latihan komuniti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah dengan bermacam-macam perasaan. Kakitangan di situ juga sangat mesra dan baik belaka, di tambah keceriaan dan kenakalan kanak-kanak di situ yang seperti saya kata tadi kadang-kadang mengundang tawa dan geram. Semestinya, pengalaman ini menimbulkan seribu satu kerinduan serta kenangan yang indah dan walaupun pada hakikatnya cuma untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, namun 6 minggu yang sangat berharga kerana pengalaman yang mengajar kita segala-galanya dan mungkin berguna semasa di alam pekerjaan nanti. 

begini la cite yer...walaubagaimanapun, dila akan buat sesuatu juga untuk hiburkan mereka...
apa dia...tunggu..=)

SegMeN SuKaN


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz...
amacam u all punya hujung minggu...
tentu menghabiskan masa yang sebaiknya kan...
(kalu tak pun, buat2 ye je laaa..)
hah, hujung minggu lepas la macam2 cerita kan pasal dunia sukan kita...
hope u all pun follow la kan...
(of coz la follow...banyak bunyi lak budak nih)

1st of all, ucapan tahniah buat ratu squash negara, Datuk Nicol David...
hebat sangat2 lepas menjuarai Terbuka Malaysia kali ke 7....
jangan main2...tambah lagi dengan kejuaraan lain...
walaubagaimanapun, dila pun pandai gak main sukan nih cuma tak pro je laa...

ok..yang ni pulak pasal bola....
dah tentu yer menjadi perbualan hangat sepanjang minggu nih...
dari hari sabtu ari tuh sampai la hari Khamis ni pun...
lepas khamis pun tentu tak habis2 lagi...
(dah tu bila nak habis)
alaa..takkan habis ye laaa..
ramai sangat fanatik yer...
dila bukannya fanatik pun tapi tengok la jugak...
tak taw nak komen cam mane...
masa 1st half tuh memang hilang rentak laa walaupun gol pembukaan oleh kita...
tapi naseb baik 2nd half tuh kita dapat rentak balik...
bagi dila, dila nak puji Asraruddin, Amirul Hadi n Safee Sali atas dorang punye performance..
kekalkan ye guys...
seperti biasa lah bila menang di agung2 kan tp bila kalah dicemuh2...
standard la dalam apa2 games pun cam tuh...
dila bukanlah pengkritik tapi wake up team harimau malaya...
u all need tunjukkan taring sebenar u all...
u all dapat support dari semua pihak walaupun mereka mengkritik hebat ...
tapi kita lihat dari sudut positif laa...
yang penting fokus n keserasian tuh yang penting...
u all need to do something...
ok, gud luck for perlawanan timbal balik kat Kuala Lumpur nanti khamis ni...

akhir sekali, dila nak cite sikit pasal
PIALA DUNIA SEPAK TAKRAW 2011
yang baru je tamat semalam...
jangan main2 taw...
dila follow dari hari pertama lagi...
semangat tak...
dila follow gak sukan sepak takraw ni..
cuma dila tak pandai la nak main...
tak tahu la nak lipat ke, libas ke, rejam ke...
huish..tak reti laa...reti tengok je...
dila suka tengok skill pemain negara yang dulu macam azlan mubin, putra n sulaiman,
tapi yang piala dunia semalam pemain lain la yang main...
seperti yang dah dikata dan tepati ramalan Malaysia mara ke final bersama Thailand bagi lelaki...
akhirnya lepas banyak kesilapan servis, akhirnya kejuaraan milik Thailand...
tapi pelik jugak dengan servis dorang semalam, semua serba tak menjadi...
ye la jika nak dibandingkan dengan games dorang yang sebelum nih...
walaubagaimanapun, Piala Dunia Sepak Takraw kali ni milik Thailand yang menggunakan sistem baru iaitu 15 mata untuk 5 set berbanding 21 mata...
so, mantapkan lagi dari segi servis n blocking ok..
memang tak dinafikan striker Thailand tersangat hebat dan juga servernya dengan servis kuda...
keep it up Malaysia...bangkit n rampas balik hak kita...=)
Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan Thailand...(juara lelaki n wanita)

pemain sepak takraw Malaysia membuat rejamannya.


Friday, July 22, 2011

PenGaRuH BoLa

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz...
tentu sekarang ramai yang pening..
ye la yang mana satu blog dila yang sebenarnya nih..
http://adilaidayu.blogspot.com/ (sesaat seketika) vs http://diladayu.blogspot.com/ (oh really, I tell U)
actually, 2-2 nih blog dila...
dila akan try my best tuk update 2-2 yer sekali...=)

kali nih, dila nak story sikit pasal pengaruh bola pulak...
bola ape???
bola sepak la...
dila ada bagitaw kan yang dila baru je berjinak-jinak dengan sukan nih hampir 3 tahun...
baru la lagi...kira baby la lagi...mohon tunjuk ajar...
tapi bukan la football tapi futsal wanita...
reti la sikit tuk sepak tuh tapi kena banyak practise lagi...
caye tak???
mesti tak caye kan...
tengok bawah nih...
hah..sape tuh??? hehehee

my team tuk tournament yang nih laaa...


hah, sekarang caye tak...tapi takde la pro sangat...
tapi kalu team Harimau Malaya nak give some training tuk dila kn...
apa salah nyer...
"kecil tapak tangan setinggi gunung Everest dila tadahkan"
kalu tak Harimau Malaya pun, Harimau Muda or Red Warriors pun dah ok dah rase yer...
hahahaaa...punya la tak tahu malu...
kuat betul berangan...

ok laa...apa pun gud luck tuk Harimau Malaya yang akan turun bermain for kelayakan Piala Dunia 2014 kat Singapore sabtu nih...
gud luck taw...
lebih-lebih lagi my faveret player...
jaga baik2 taw defend Malaysia...jangan bolos...
yang penting fokus walaupun di tempat lawan..
ikut taw nasihat dila nih...
(hah, dah macam pakar psikologi dorang dah)
kalu ada kerja kosong bolehla panggil dila ye...heheheeee...
cuba teka sape defender nih...
-
-
-
klu pertama = dari Kuala Terengganu
-
-
klu kedua = pemain no 24 
-
klu ketiga = defender harimau malaya n harimau muda

MUSLIM AHMAD



tahniah jugak tuk squad senior dan harimau muda (squad olimpik) yang mempamerkan game yang cemerlang semalam menentang Chelsea semalam...
apa-apa pun gud luck jugak untuk kelayakan olimpik nanti....

apa-apa pun ucap gud luck la skali lagi tuk team Harimau Malaya yang diketuai oleh
Safiq Rahim...
yang sorang pun hebat sangat...
boleh jadi penyelamat pun ada...
memang cantik sangat bola free kick nya...
boleh jadi pakar free kick nih...




AKTiViTi : CaTaTaN PeNGaLaMaNKu part 2





ASSALAMUALAIKUM
hai bloggerzzz...

beberapa hari lepas dila dah cite serba sedikit kan...
so, kali ni kita ikuti untuk part 2 pulak ok....


                 Selain aktiviti-aktiviti yang dinyatakan, banyak lagi aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak. Peranan penjaga dalam menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seterusnya melancarkan perjalanan program. Penglibatan  dari masyarakat luar juga banyak menyebabkan kanak-kanak di sini tidak pernah sunyi dengan aktiviti yang dianjurkan seperti penyertaan pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja institusi swasta, NGO, hotel dan anggota tentera dalam melakukan kebajikan. Tajaan dan derma juga diberikan melalui aktiviti yang dianjurkan.
                 Sebagai contoh, aktiviti kerja amal bersama Hyatt Regency dan US Airforces. Mereka menyediakan makanan yang enak dan aktiviti mengecat yang dilakukan oleh wakil Hyatt Regency dan US Airforces itu. Selain itu, sebahagian dari mereka bermain futsal dan musical chair bersama kanak-kanak. Contoh lain ialah program komuniti sempena eksesais carat. Kali ini kanak-kanak dapat bermain sukaneka bersama-sama anggota TLDM Kuantan seperti acara tarik tali, tiup belon,dan bermacam-macam lagi.
                 Selain penglibatan masyarakat luar dengan membuat aktiviti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, kanak-kanak juga dilibatkan juga dengan pergi melawat luar dari institusi seperti lawatan ke Santuary Penyu Cherating oleh kanak-kanak asrama dan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan oleh kanak-kanak tadika. Oleh itu, saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama-sama memandangkan saya juga tidak pernah lagi ke sana selain turut mengawal pergerakan kanak-kanak tersebut. Sesungguhnya, mereka semua sangat seronok sepajang menyertai lawatan.
                 Mungkin sepanjang aktiviti, banyak melibatkan kanak-kanak asrama sahaja iaitu dari umur 7 – 17 tahun. Bahkan kanak-kanak tadika masih tidak dilupakan kerana mereka juga ramai antara 3 – 6 tahun. Saya juga turut serta dalam pembelajaran mereka mengikut video yang disediakan seperti kisah-kisah nabi, bacaan ABC/123/huruf jawi dan sebagainya. Saya turut berpeluang melawat bilik bayi yang antaranya berumur 7 hari hingga 2 tahun di mana mereka semua sangatlah comel tetapi latar belakang mereka yang tidak mengizinkan mereka hidup seperti bayi-bayi yang lain yang penuh dengan kasih sayang ibu bapa mereka. Kadang-kadang terhibur dengan telatah mereka yang sangat comel. 

hah..ok tak...setakat nih dulu ye...
nanti dila sambung tuk part 3 pulak...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...